Daulat

Thursday, November 4, 2010

Arini *tetiba* aku nak citer pasal kenapa aku takut melanggar cakap mak aku.

Honestly, I am not a good dotter (well, i'm not a good anything anyway). Dibesarkan dalam keluarga yg amat sederhana, being a rebellious teenager, aku suka lawan cakap mak aku. Tapi takde lah sampai tahap melampau. Yeke ek tak melampau? Melampau la jugak sometimes aku rasa, tapi takde lah sampai mak aku menangis kerana aku. Biasalah budak baru naik orang kata.

Pompuan ni apa dia nak citer sebenarnya? Melalut dah. Dahle intro main terjah (seperti biasa) pastu meraban, kang point yg nak cakap terus ke laut.

Ok la, aku ni memang tak reti la nak intro-intro. Kalau aku bukak je mukadimah, dari aku nak citer pasal A terus aku cerita pasal tubik (teringat member aku budak Besut *hi ell* main teka teki ngan aku apa makna perkataan dalam bahasa Kelantan. Bila dia cakap tubik sepantas kilat aku jawab kepala keretapi), kan? melalut lagi.

Ok, straight to the point.

Soalan:
Kenapa aku takut melanggar cakap mak aku walau sekecik kuman?

Jawapan:
Masa aku masuk utm dulu, sem 2, baru dapat scholarship so berangan nak beli desktop. Maklumla, student Comp Science kalau takde komputer camne tu? Aku bukan orang senang so takdelah aku sukahati nak mintak parents aku adakan. So tunggu lah biasiswa kan.

Nak jadikan cerita, a week (or so) before biasiswa kuar, aku pun menyatakan hasrat hati nak buat atm kad kat mak aku. MAK AKU TAK BAGI OK! Aku punya geram.

Sebelum
masuk UTM aku keje kat pizza hut angsana lepas SPM. Tetiap kali gaji, aku kuarkan ikut kaunter. Aku rasa amatlah azab dan lecehnya. Bila masuk UTM sume member ada kad atm tetiba aku je takde, pastu nak buat mak aku tak bagi, bley bayangkan tak betapa marahnya aku? Sumpah aku taknak ingat balik apa yang aku cakap kat mak aku tapi memang aku marah & geram sebab niat aku cuma nak cerita bukan nak mintak izin pun tapi bila dia seboleh-boleh kata JANGAN aku jadi..tak tau la nak cakap camne tapi bukan la jadi hulk. Tapi yer lah, tak paham ok kenapa nak buat kad atm pun tak boleh. Kan tujuannya utk menyenangkan.

Di pendekkan cerita, aku buat gak kad atm tu. Nama pun degil. Lagi orang kata jangan, lagi benda tu la nak buat kan? Kad tu aku boleh collect lepas biasiswa dah keluar. So duit untuk beli desktop telah selamat aku keluarkan via kaunter utk di bayar pd si Pesot, member yang tukang membeli.

The day I collected my card, lepas je amik aku terus pi PSZ. Pada yg xtau, PSZ tu library utm. Aku tinggalkan bag yg ada wallet aku kat tempat letak bag kat luar. Bijak kan?

Malam tu bila aku nak draw duit untuk belanja, aku adalah terkejut badak air sebab duit aku cuma ada RM24 sahaja. RM400 lesap! Rupa-rupanya ada orang follow aku dr bank, amik atm kad kat wallet aku, pi draw duit pastu simpan balik kad atm dalam wallet aku, taruk balik dalam bag aku. Baik punya perampok kan? Aku yg sengal ni pun, slip yg ada pin no, aku letak skali dalam wallet. Memang rezeki sang perampok tu la jawabnya.

Once I realized duit belanja utk sepanjang sem aku tu lebur, orang pertama yg aku ingat adalah mak aku. Aku ingat balik kata-kata dia. Aku igt balik dia yg yeye tak bagi aku buat kad atm. Aku tak bagitau pun dia masa tu gak sebab aku malu, aku malu sebab aku ingkar cakap dia dan aku dah dapat balasan atas kedegilan aku.

Dan kerana itulah aku sangat takut untuk melanggar apa yg dia cakap walaupun seremeh ABC sebab aku terlalu yakin dengan daulat seorang ibu. Mungkin dia sendiri tak tau kenapa seboleh-boleh dia melarang aku tapi instinct seorang ibu jarang tersasar.

Lepas aku jadi ibu, aku semakin faham apa yg di namakan instinct seorang ibu. Sukar untuk dijelaskan tapi you just knew when anything happened or will be happening to your child. Miracle, isn't it?



5 remarks:

Anonymous said...

huh...aku sgt setuju..aku pon takut kena dolat...

FAM said...

betul. dua hari lepas aku ada instinct bhw baby aku akan jatuh tersemban masa duk main. siap pesan2 kat hubby suruh tgk2. tp ko tau la, pak nye duk tgk tv kusyuk sgt. last2 mmg btl jatuh tersembam gigit bibir smpi darah. tu baru kecik2, klau yg besar cmni kesnya..mmg kena dgr ckp ibu.

Along said...

Sama!!! Memang takut nak buat apa2, kalau my mom or dad dah cakap jangan. Sampai ke besar rasa macam tu. Bila saya nak fly pi US sambung degree, ayah saya pesan...jangan buat apa2 yg Along rasa ibu ayah takkan setuju. Hmmm...kata2 tu saya pegang sampai ke sudah. Ye ah, jauh dek mata...time tu plak dpt bf...hmmm, kalau ikutkan nak "menyetan" tu bleh aje...tapi terasa je macam ibu ayah dapat memandang...tak jadi!! Bagus gak..hehehee...

Now I'm a mother...nak install this feeling in my kids.

keyboardcabuk said...

haha..apa punya perompak da..nasib baik dia tinggal sikit duit wat belanje beli megi..ekeke

i.s.z.a.n said...

madam keji:
aku sebab dah terkena, klaux mau aku degil sampai skang ngeeeeee

FAM:
aku pun slalu klau nak jad pape mesti dah rasa awal2, ajaib kan? kuasa ALLAH!

Along:
how do u do that? ajar i!

keyboarcabuk:
aku pun rasa perompak ni agak baik siap simpankan balik kad tu dlm wallet aku (ke sebab lenkali dia nak rembat lagi?) and tinggalkan 40 hengget buat belanja. cash dlm wallet ada rm20 pun dia xamik, sket sgt kot haha