Facebook

Tuesday, November 2, 2010

*Entry melahar, read at your own risk!*

Aku sekarang adalah merasa sangat annoyed by few people on MY fb. Gilabencirasanakpenampa-kind of feeling. Few telah pun aku block. Itu adalah kerana mereka telah melampaui batas-batas susila berfb.

Contohnya, status aku yang langsung takde kena mengena telah di bawak ke luar fb dan di canang ke seluruh pelusuk alam sedangkan STATUS AKU TU AKU TUJUKAN KHAS UNTUK DIRI AKU SENDIRI, for goodness' sake!! Mind you, siap mengadu kat mak aku yang langsung tak tau apa tu fb. Maka selayaknya lah kau aku tendang keluar dari fb aku. Aku fb dah berkurun tak penah jadi hal tetiba ko baru register 2 hari dunia jadi tunggang terbalik. Dasar buta IT!

Another issue bila ber-fb ni adalah bila aku DIDESAK supaya meng-add mereka as my friend. Biasanya sekali dua kali, tiga empat lma enam tujuh kali aku memang ignore tetapi klau dah lapan jota kali siap mengadu kat laki dia soh cakap kat laki aku supaya approve ko kat fb ATAUPUN tanpa-sengaja-aku-tekan-approve-secara-berjemaah maka kau pun bernasib baik termasuk sama. Biasanya klau berat aku nak terima tu memang adalah tu.

Contohnya hamba Allah nan seorang ni. Adoiiiiiiiiiiiiiiii, tolong lah ok, tolong sangat-sangat. Setiap kali ko komen aku rasa annoyed teramat sangat. Aku rasa cara aku jawab pun ko dah bley tau. Aku masih biarkan kau berada dalam list aku adalah kerana MAK AKU! Yer, mak aku yang cakap jangan sombong sangat. Orang cuma nak berkawan. Tapi............ishkk..tak reti lah nak cakap. Kalau tak kerana mak aku, dah lama aku tendang ko keluar dr list aku.

Lagi sorang, aku tau ko memerhati. Sejak dulu aku cakap AKU MEMANG TAKNAK KAWAN DENGAN DIA NIH! Sebabnya dosa yang ada dah cukup banyak, tolong jangan tambah sebab aku dah tak tertanggung. Showing off all the time ok! Laki ko belikan ko xxx dengan harga xxxx tunai ke swipe siap cakap, kejadah? Ko pakai bag brand xxx, make-up cap xxx, kereta cap xxx, baju cap xxx, makan kat xxxx, apa tujuan semuanya nak ko beritau sedangkan aku TAK PERNAH tanya ataupun nak amik tau? Siap harga brapa, beli kat mana bagai. Muak ok, muakkkkkkkkkkkkkk. Bukan sekali ko jadi bahan blog ni, berkali-kali. Sudahlah!

Orang jenis macam ni dia adalah sangat happy kalau aku jawab "i beli baju kat bundle je, makan pun kat warung tepi jalan, bag i pakai bag plastik beli bawang ngan belacan kat pasar tani, mekap beli kat pasar malam je, kereta pun xde, naik bas je" . Tapi takpelah dik, ko bukan orang pertama pesen ni yang aku jumpa. Teruskanlah kerja terkutuk ko supaya aku bley kutuk ko.

Lagi sekor, asal komen macam ko lah yang hebat! (Tu je aku nak cakap)

Ingat lah, tak ke mana hidup menongkat langit!

Apa dapat menunjuk-nunjuk? Aku tak pernah ajak melawan. Bukan jenis aku. Kalau ko rasa ko hebat, that is so fine with me but please, nak showing off dengan orang lain. Stok-stok berlagak aku tak main ok.

Aku lagi suka orang yg humble. Tak perlu ko canang apa yang ko ada. Aku tak kisah klau ko nak cakap "alahhhhhhhhh, dia takde sebab tu dengki". Ko cakap lah apa ko nak cakap. Mulut ko, bahu kiri ko. Semua ko yang tanggung.

Benci!

Dan, yang paling annoying adalah mereka-mereka ini sentiasa mengelilingi aku di dunia NYATA! Sebab tu aku lebih suka berkawan di alamaya tanpa campur adukkan dengan real friends kat luar. Apabila aku blogging, kawan-kawan blogger aku hanya kenal aku melalui apa yang aku tulis kat blog. Fb aku pun mostly memang geng-geng yang kenal dr blog.

Korang yang baca apa aku tulis ni yakinlah bahawa apa yang aku tulis ni bukan lah untuk korang!

Dahla. Malas nak citer. Kalau citer semua, mau 3 hari 3 malam tak siap aku menaip. Dah ler tunggang langgang nye aku citer. Apa yang aku nak cakap pun orang tak tau, pedulik!

Tatatititutu!

13 remarks:

Anonymous said...

ngehehe...biasalah tuh...hang pedulik kan jek org2 yg annoying tuh...nanti lelama bila dah takdek org pedulikkan mereka..barulah mereka tahu yg sesungguhnyer mereka itu jenis yg tidak boleh didekati..sbb sgt menyakitkan hati!

p/s : sbb tuh aku kureng sket nak berFB nih..sbb aku rasa sume hal privacy (esp.gmbr) org nak godek dan jadik kan bahan...
blog is still my preference...sbb mostly readers adalah kawan alam maya :p

an15 said...

i just block those all kind of orang2 yg i tak suka from nampak my FB name. Esp those yg i tak suka dari zmn sekolah, but we share 70% of mutual friends and it is so obvious kalo ignore friend request from dia.

:p

linahilmin said...

delete je nyahhhh oii! kalau mak u tanya bgtau, "alahaiiii mak, tak sengaja tertekan la tu!"

i.s.z.a.n said...

madam keji:
xbley ke fb xnak bagi komen ek? apa plah guna fb klau camtu haha

anis:
u r so true! so obvious la kan? haha, i ignore ok and they keep emailing me tanya, meluatnya mak!

linahilmin:
sekor tu je yg mak i tau sbb mak i kenal dia dr zaman sek lg. xde maknanya mak i nak amik tau i block dia ke x haha cuma tu lah, bila org tua yg cakap kan, sentiasa teringat. tp klau da xtahan rasanya i'll block jugak kot

knv said...

ya rabbi keji gilossssss! ada lagik manusia jenis tu sekarang ni. tak sesuai langsunggggggggggg!

TopsyTurvyMum said...

mak kdg2 buat jugak pembersihan frenlist secara besar-besaran..
mmg annoying...penah gak kena camni..

Unknown said...

orang yang dok show off ni rasa insecure la kot. tu yang asyik nak berlagak je. kalau berlagak dia rasa 'selamat' gamak nya.

tang yang komen fb yang sungguh membencikan itu, ko ignore je nyah. takyah reply apa2. tapi org lain punya ko reply la. lama2 mungkin dia akan terasa ah kot.

i.s.z.a.n said...

knv:
adeih, ada kak sampai xkoser aku ni ha, apa yg nak lumba sgt dgn org yg xde pape cam aku ni pun xtaule

TTM:
nyampah kan?

zety:
memang aku ignore pun pastu konon nak bg lg terasa aku komen secara menyampah tp klau xpaham bahasa gak xtaule den

MS said...

aku emo betul baca entry ni. memang ramai lagik org keji macam tu. nak berlagak tak kena tempat tu dah satu hal...kosser.

i.s.z.a.n said...

mommysarah:
itulah, apa dapat nak show off manjang ek?

Anonymous said...

Suka entry ni.. ngeee!!

Ealyie said...

LIKE

enuff said..;)

sabo nyah ek sabo..

i.s.z.a.n said...

nong:
hee

ealyie:
kasi can ok, kat sini je la aku nak melepas amarah pun haha