There was an error in this gadget

Let kids be kids

Sunday, November 14, 2010

Lama dah aku nak tulis pasal benda ni tapi asikla lupa. Biasala aku :P.

Owh, pasal bebudak kecik mami jarum. Mengerti kah? Maksud aku pasal toddler yang di pakaikan barang kemas ala-ala mami jarum.

Serius weh aku seram. Tolong lah jangan nak kata aku jelez. Kejadah aku nak jelez ngan budak kecik? Masa raya memang paling ketara lah benda ni tapi aku gi Jusco sebelah umah aku ni pun hari-hari biasa kat playland aku jumpa bebudak begini.

Apa perlunya budak 3 4 5 6 tahun ko pakaikan rantai besau kapal berutas-utas? Gelang kaki berjurai panjang sapu lantai yang boleh tahan beratnya. Gelang bersusun? Tau lah ko kaya, mampu beli emas walaupun harga RM151/g tapi tak ke ko takut anak ko kena ragut?

Serius weh aku takut. Skang ni kat mana-mana ada criminal. Teringat kisah masa zaman aku sekolah teknik dulu. Cikgu akaun aku citer ada budak pompuan umur 3 tahun tengah jalan-jalan ngan family dia terus kene rodok ngan pisau oleh sorang lelaki kat Plaza Kotaraya. Tiba-tiba ok. Memang lah benda kalau nak jadi tu jadi jugak tapi kita ni jadi orang cuba lah sedaya upaya mengelaknya dengan tidak memberi alasan untuk mereka lakukan jenayah, ye tak? Ni dah terang-terang budak kecik, helpless, ko tinggalkan main kat playland pastu ko pi makan kat foodcourt. Aku pun takleh beza mana (kot-kot) criminal mana parents budak nih.

Lagi haru kalau yang baru beberapa bulan dah sarat dipakaikan barang kemas. Aku seram kot tertarik rantai tu mau terbelit leher baby tu. Orang grab dari stroller terus bawak lari budak tu semata-mata nakkan brg kemas dia. Takke naya?

Tak faham ok, sangat tak faham. Apa motif ko pakaikan barang kemas sarat-sarat kat budak kecik? Nampak comel sangat ke dengan barang kemas tu? Tanpa barang kemas, klau dah nama budak memang tetaplah comel ok.

Kesian la kat anak korang. Jangan undang risiko untuk diorang. Jauh lagi perjalanan diorang (dengan izin Allah).

Aku tak tau lah kalau korang faham ke tidak apa yang cuba aku sampaikan tapi aku harap-harap lah paham. Kalau nak pakaikan, pakaikan lah seurat sudah, halus-halus utk budak sudah. Ke sebenarnya ko pakaikan yang ko punya?.

Semoga kalian sekeluarga sentiasa dilindungi Allah!



4 remarks:

AisYah said...

So agree with u. kesian okay tgk bebudak tu. Pernah sekali nampak budak dalam 2 bulan dipakaikan rantai, subang, gelang tangan dgn kaki. Bukan jeles tapi rimas tgk..

!Nt4N said...

betul la kata ko..1 lagi aku benci kalo bebudak yg di'punk'kan @ di'kaler'kan rambut..apa ko ingat cantek sgt??

let kids be kids laaa..

madamoiselleczar said...

aku sgt agreed! anak aku pon...tak seurat atau seutas pon aku pakaikan...siap warning maktok jgn ngengada nak bg gegirl aku brg kemas..bagi duit buleh :p
aku sendirik pon, masa anak2 masih setahun ke bawah...aku tak pakai sebarang barang kemas except rantai (sbb mas kawen maaaaa)..sbb aku takut batu permata bagai yg terjojol tu akan melukakan anak aku yg masih kecil....biarlah mesikin hena dimata biras ipar duai bagai di kala perayaan bagai..yg penting hati mak kaya kasih sayang pd anak2 ok? drpd anak aku tercalar bagai,biarla tak melaram pon pakai barang kemas...

mama nurins said...

100% setuju. anak dara saya mmg takder emas seutas pon. tindik tinga pon pakai yg free masa tindik tuh..phewww...