There was an error in this gadget

4yo in a month time!

Monday, December 13, 2010



Semakin besar dirimu wahai anak, semakin kerap mama perlu jawab soalan 'bonus' bila nak tambah ahli keluarga.

Selesai kah segala masalah dengan hadirnya orang baru?

Bila kamu nakal orang cakap "kalau dia ada adik takde lah macam ni", takhal kamu takde lah senakal mana, infact pada mama kamu tak nakal langsung! Mama jauh lebih nakal dari kamu.

Kalau kamu hanya nak dengan mama, orang kata lagi "kalau dia ada adik takde lah macam ni". Kamu anak mama. Tentulah kamu nak dengan mama. Kalau kamu taknak dengan mama, baru lah masalah namanya.

Kalau kamu taknak kongsi barang kamu, orang cakap lagi "kalau dia ada adik takde lah macam ni".

Biarkan mereka wahai anak. Bila kamu buat perangai, solusi mereka hanyalah berikan adik kepada kamu. Mereka ingat segala masalah boleh selesai dengan kamu ada adik.

Kamu tak bersalah anak. Mama juga tak bersalah. Tapi kadang-kadang mereka lebih 'pandai'. Biarkan saja.

Masa kamu baik, takde pulak orang nak puji kamu, kan? Takde pulak orang nak puji mama. Mama tak kisah anak.

Honestly, mama tak faham, orang lain lebih 'bermasalah' melihat hanya kamu seorang anak mama. Mereka macam lebih tahu dari YANG MAHA MENGETAHUI.

Biarkan mereka. Biar keluarga kecil kita dan Allah yang tahu. Sebab mereka semua bukan Tuhan.

Mama sayang kamu! Lebih daripada apa yang kamu tahu. Kamu anak terbaik!

6 remarks:

Sayang.Ibu said...

HAPPY BIRTHDAY Fal.... no matter what, anak kita ttp yg terbaikkk... lantak pi org nk kata apa.. :)

i.s.z.a.n said...

intan:
Errrr, lg sebulan nyah hee. Awal kebenor ko wish haha but thx anyway

Sayang.Ibu said...

errr... apa kes haku ignore 'in a month time' tu??? kahkahkahhhh... apapun, auntie mmg advance kan fal kannn.. :P

i.s.z.a.n said...

intan:
yeeeeeeee la tu :P

Anonymous said...

apsal ko ngamuk2 ni iszan?tp best gak klu ko membebel2 ni..pjg skit entry ko..klu xciput je..haha..lariiiiiii sebelum cik iszan mengamuk kt aku plak..

i.s.z.a.n said...

cik anon:
ko saper ni cik anon, kat blog aku xyah la anon2 haha.

aku ngamuk ke? aku cakap je, straight fr my heart gitu haha

entry aku ciput2 adalah kesan globalisasi dr penggunaan facebook. sila salahkan fb haha. aku hilang skil dsebabkan slalu main update status 1 ayat je