Hence my fb status

Sunday, December 12, 2010

Hari ini adalah hari bitter cik i.s.z.a.n.

Punca? Ntahle. Mood swing. Anything can trigger to my mood changing. Daun gugur depan rumah pun bley buat mood aku topsy turvy ok. Tak ke gila pompuan ni?

Had our late lunch at McD. Duduk dekat ngan playland sebab nak bg Naufal main. Dah ko gatal dok dekat playland pastu budak menjerit2 ko panas ati. Aku geram dia jerit takde sebab. Jerittttt je keje dia. Kalau dia main slide pastu dia jerit excited tu aku paham. Ni jerit mcm 'arrrhhhhh arrrggghhhh arrrhhhh' sepanjang masa. Kalau anak aku selamat dahtu. So sila tak payah suruh aku jadi babysitter. Kalau aku layan anak aku macam tu, takkan aku nak layan anak orang lain lagi baik dari aku layan anak aku, kemsalam. Benci kan dengan aku ni? Tu yang aku nak. Haaaahahahhahahah.

Pastu budak kecik kuat menjerit tu dah blah, datang budak gemok ni plak. Suma ni cha-ya-nun-alif la. Dia datang-datang terus rempuh semua budak. Pastu ko dahla beso, pastu bukan main, dia dudukkkkk je kat slide tu belah bawah so orang lain semua tak bley main. Kejap lagi mak dia naik bawak makanan & toys, dia pun amik toys bukak pastu campak kat kaki aku. Aku pun sound le, banyak cantik ok ko bukak pastu plastik ko buang gitu je. Kat sekolah tak blajo ke? Tak pun mak ko tak ajar ke sampah tempatnye kat tong sampah? Terkena pulak aku tengah moody, selamatttt.

Dahtu, dia amik toys tu which is car yang sama macam Naufal, dia main tolak dari atas slide turun meluncur lajuuuu je terus masuk bawah table aku tengah makan. Pastu ngan badan beso dia menyondol masuk bawah table tu tanpa cakap pape. Sekali, dua kali, tiga kali aku diam walaupun sebenarnya yang kali pertama tu je aku dah rasa nak pijak car dia biar hancur tak pun aku tampar je muka dia. Masuk kali ke-4 aku pun sound (lagi). 'Eh, you tak nampak ke ada orang makan ni. Sekali lagi car you kena meja ni, your car is mine'. Dia terus blah. Jap lagi dia ready lagi atas slide tu, aku pun jegilkan mata sampai nak terjojol terus dia lari pergi kat tempat mak dia. Benci kan ngan aku ni? Ngan bebudak pun nak ajak gaduh. Benci lah. Aku suka hahhaha. Punca sebenar aku nak marah budak tu adalah kerana bila dia sampai je terus 'this playland is mine, bapak aku yg buat so orang lain suma tak bley main'. Kepala hatok ko!

Pastu nak cari groceries kat kipmart. Tengah jalan2 sekali ada pompuan ni rempuh aku dari belakang semata-mata nak pintas aku. Tak bley ke bebaik pintas. Ni tengah2 antara aku ngan laki aku yang tolak troli ngn Naufal. Pastu dia bley jalan terhegeh-hegeh depan aku & laki aku depan dia. Aku pun sort of jerit kat telinga dia. 'Lenkali kalau tak nampak, tak payah berangan nak pakai cermin mata hitam kat dalam ni, SENGAL!'. Sepatutnya dia dengar apa yang aku cakap melainkan dia pekak. Pantang aku ko rempuh ke hapa tak say sorry.

Macam bagus kan aku? Sila lah benci aku. Aku memang irritating klau tengah moody. Aku tak kira sape, silap sket (pada aku) memang selamat.

Penat la nak taip kat handphone ni. Malas nak sambung bley?

Sekian kisah bitter cik i.s.z.a.n untuk kali ni. Semoga bertemu di lain hari. Renung-renungkan, dan selamat beramal. Tapi jangan amalkan apa yang aku buat. Dosa!

Toodles!


4 remarks:

jua said...

terbaek entry ko. aku suka!

Anonymous said...

eh ok la tu. jd cam2 time moody je. if it was me, am like dat all the time ok.

kalo kat playground, mmg mata aku kat anak aku jek. kalo ada org blocking slide and x reti2 nak move, i will go and tell them to tepi. kalo ada yg x tunggu turn, aku akan gi and ckp, tlg sabar ye. adik ni dtg dulu.

and dis not only apply to anak org lain wat hal ye. kalo anak aku pn camtu. cuma jrg skali la anak aku wat perangai camtu esp kat tgh ramai cos dia trained well oleh aku and skolah. i think la...hahahah, matik lah puji diri sendiri. tp betul la. facts ni.

Anonymous said...

Hehehhee... I kalau moody mmg mulut longkang laa.. silap la kalau sapa2 buat palat..

i.s.z.a.n said...

jua:
perli? kan? :P

zamnzara:
aku jua begitu sebenarnya muaaaaaaahahahha

nong:
itulah, lancangggggggggg je klau dah memang hangen haha