There was an error in this gadget

Anak ke?

Monday, January 17, 2011

Masa dok berkampung kat spital 3 hari arituh, ni adalah soalan-soalan biasa yang aku KENA hadap (lagi).

Anak ke?

Jaga siapa? (terang-terang aku dok kat cot anak aku)
Anak
Anak?? Ni? (sambil tunjuk Fal)

Anak eh? Mesti ikut muka bapak dia ek..

Anak sendiri ni? Anak betul?

Anak ni? Ayah dia mat saleh eh? (tak, nama bapak dia bukan Mat bin Salleh)


Sakit tak jiwa ko? Walaupun aku dah biasa, dari baru-baruuuuuuuuu je dia kuar dari tuuuuuuuuuut aku, midwife yang sambut dia "cantiknyaaaa budak nih" pastu tengok aku macam tak caya, takhal ko yang sambut budak tu keluar.

Diorang ni exaggerate je lebih.

Kadang-kadang lajuuu je aku nak jawab "tak le, anak majikan, aku ni maid je" takpun, "taklah, aku culik budak ni tadi".

Yer, aku memang gelap malap. Tapi anak aku tu rupanya adalah ikut aku, kulit ikut papa dia, tapi kulit yang dulu la, sebelum dia kerja. Pas dia kerja, dia sengaja sunbath kulit dia kasi sama kaler ngan aku. Dia taknak aku kecik hati sebab aku tak bleh bleach kulit aku sampai jadi macam kulit dia.

Aku syukur ok aku ada kulit. Takde kalu, bley ko imagine?

Anak aku memang rambut kadang-kadang nampak perang. Rambut aku pun kaler perang. Bukan aku kaler. Memang rambut aku kaler tu. Selalu kalau pi salon, mesti diorang ingat aku kaler rambut. Ko nak soh bapak aku cukur kepala aku kata aku kaler rambut?

Ramai dah yang cakap muka anak aku cam mat saleh. Tak ke melampau? Tak mana mat saleh nya anak aku tu, jawa mungkin le.

Selalu aku tak kisah tapi kadang-kadang kecik gak ati. Aku mengandungkan dia bukan senang. Aku besarkan dia pun bukan senang. Tapi orang asiklaaaa ingat dia BUKAN anak aku. Tapi nak emo pun buang karen.

Aku rasa aku akan hadap benda ni sampai bebila pun sampai kadang-kadang aku plak naik biul terfikir "eh, betul ke budak ni anak aku", bley?.

Alaaaaaaaaaaaaaaaa, nak tulis panjangggggg, tapi nak gi bank. Pastu nak jemput Fal. Lain tahun la sambung :P.

Tata!





6 remarks:

sz | m.s.s said...

ihiks...
ingatkan orang tanya ko jaga "adik" ke..

Mummy Aleesya said...

sabo je laa..tah apa2 org ni kan..dah terang2 ko kat situ..kalau aku pon rasa sedih weii

i.s.z.a.n said...

suzi:
klau aku nak sedapkan hati, aku akan anggap begitu haha

mummy aleesya:
ntahnya, ada ke orang nak biarkan MAID jaga anak kecik diorang? (ada je kot ek? haha)

sis said...

lenkali ko tya blk..nak tgk srt branak ngn ic sume.....

KS said...

rilek babe.. jangan pk sangat.. mulut orang mmg susah nak tutup.. jgn sampai u plak doubt sudah... cian fal nanti... ;)

Sayang.Ibu said...

ko kalu baca blog norhayati berahim pun gitu nyahhh... laki dia org turki.. anak dia sah2 rupa minah saleh... perggghhhhh... kadang mmg org nih exaggerate lebeyyyy... sabo jek nyahhhh...