There was an error in this gadget

Kisah air mata

Friday, January 28, 2011

Aku nak blog asik tak menjadi. Sila salahkan twitter & fb. Aku tak salah.

Aku nak citer pasal Naufal & skool (tak habis-habis) sebenarnya.

Anak aku dari 1st day skool memang takde nangis. Masa aku jemput pun takde nangis kecuali sekali.

Aku tak ingat aku dah citer ke belum. Aku rasa masa hari ketiga dia skool yang dia nangis. Puncanya adalah kawan dia amik sapu tangan dia. Memang dia bebel kat aku, dia tunjuk budak tu tapi aku tak buat pape. Saputangan je pun. Sebab budak tu pun nangis jugak masa tu. Tak berani lah pulak aku nak tanya. Kang lagi kuat dia melalak, ada plak makpak dia ingat aku yang buat. Dahle masa balik. Pastu dia panggil teacher dia, dia cakap budak tu amik saputangan dia. Teacher dia tak faham. Dia tarik lagi sorang teacher, barulah teacher lagi sorang amik saputangan tu dari bag budak tu.

Dah jadi rutin aku. Soalan pertama yang aku akan tanya lepas jemput dia adalah "Fal nangis tak hari nih?". Kadang-kadang aku tak sempat lagi tanya dia dah bukak citer dulu, "Mama, arinih Fal nangis two/three/four (sambil tunjuk jari) kali". Then, aku akan tanya kenapa. Ni adalah antara jawapan-jawapan kenapa dia nangis kat skool.

1. Kawan amik saputangan Fal (macam aku cerita tadi).

2. Ada kawan girl duduk atas kerusi dia atas kaki Fal (faham?). Sakit kaki Fal. Teacher marah kawan girl tu.

3. Teacher tak bagi Fal biskut.
- Ok, anak aku hari-hari memang aku bawakkan bekal sebab aku tau dia ni cerewet yang amat macam mak dia. Selalu kalau teacher bagi kuih or roti siang-siang dia tolak. Dengan slumber dia cakap tak sedap. Maybe sebab tu teacher tak bagi ataupun maybe terlepas pandang.

4. Teacher tak bagi Fal BAWAK BALIK biskut.
- Orang bagi soh makan, dia sibuk nak bawak balik. Hari-hari dalam bekal dia ada tapau makanan dari skool tak hal dia tak makan pun.

5. Kawan-kawan main-main masa sembahyang (sambil tunjuk kepala lentok-lentok). Fal dah cakap, sembahyang tak baik main-main tapi kawan-kawan tak dengar. Kawan-kawan buat jugak macam ni (sambil tunjuk kepala lentok-lentok lagi).
- Yang ni memang aku tak tahan. Aku gelak macam nak hape. Tapi dia nangis bila aku gelak hahahahahaa. Aku cakap, biarle kawan-kawan nak buat apa. Fal dah cakap. Kalau diorang taknak dengar, Fal tak boleh paksa. Fal je sembahyang. Jangan kisahkan kawan-kawan. Dia tak terima ok, pastu nangis! Itu adalah cara dia 'selesaikan' masalah. Aku memang takkan suruh "Fal bagitau lah teacher" sebab aku taknak dia jadi seorang pengadu. Aku nampak few of his classmates perangai camni dan aku menyampah. Semoga ko tak jadi gitu ye nak? aminnnnn.

6. Hari nih pulak, dia nangis sebab "Teacher dah suruh cuci mouth 3, cuci muka 3, cuci angan 3, cuci kepala 3, cuci telinga 3, cuci kaki 3 tapiiiiiiiiii..teacher tak suruh sembahyang pun *nangis*".
- See? Adeih, aku tak reti dah nak cakap ngan anak aku. Aku cakap tu teacher ajar cara berwuduk, cara amik air sembahyang. Dia ajar je. Bukan nak sembahyang. Dia jawab "tak boleh lah camtu, dah cuci 3 3 3 kenalah sembahyang".

Aku takut teacher boring ngan anak aku. Sket-sket nangis. Tapi setakat hari ni, teacher dia tak pernah marah dia lagi. Itu daripada apa yang dia cerita bila aku tanya la.

Semoga cikgu-cikgu bersabar dengan anak saya yer cikgu?!

11 remarks:

Ms Lola said...

alalala comelnya fal oiiiii... sopan santun berbudi bahasa (macam maknya).

i.s.z.a.n said...

ML:
kekejian melampau! hahahahah. sungguh pedih tertusuk duri jantung aku.

Along said...

Muahahah..lawak la naufal ni. Aku ingat anak pompuan je sensitif, anak lelaki pun parah jugak. Takpe...nanti dah besar, gentleman la tuuu. Ko ni pun, gelakkan anak..agak evil..hehehehe...

mamaDhea said...

btol laa lola.. aku pon nak komen yg same.. comel dn sgt sopan santuh esp. part semayang tuh.. huhu

sz | m.s.s said...

ihiks..baikkkkk hati la fal nih...

mama hannah said...

heheheh...bagos la naufal nih..

i.s.z.a.n said...

Ladies:
usah terperdaya haha. ANak mak kat skolah dia lah osetad tapi kat rumah..dialah SUPERHERO!

ibu iman said...

sweetnye...

Zety Zin said...

alololo comelnya la tang sembahyang dgn amek air sembahyang tu.

i.s.z.a.n said...

wani:
:)

zety:
heee

cc said...

dah la comel, baik budi bahasa.

(kenot imejin la sy jd cikgu, misti stress :p)