There was an error in this gadget

Setiap kali ternampak kemalangan...

Monday, January 31, 2011

Hati aku automatik akan sayu (apekah?). Kalau ternampak mangsa yang terbaring tepi (atau tengah) jalanraya, I can't help myself but to think "kesian orang yang tunggu orang nih". Faham? Aku mesti terus terfikir, kalau dia ada isteri, mesti isteri dia tertanya-tanya mana perginya si suami sedangkan sepatutnya dia sudah sampai di rumah. Kalau yang ada anak, mesti tertunggu-tunggu "mana ayah/papa/bapak/etc tak sampai-sampai lagi nih". Kalau tiada yang tunggu lagilah kesian.

Oh apekah aku merepek ni? Kenapa aku mesti rasa macam tu? Aku selalu letak diri aku kat tempat orang yang menunggu, kalau aku tak control mesti dan-dan tu gak air mata aku mengalir.

Ya ALLAH ya Rahman ya Rahim, kau jauhi aku dah keluargaku dari perkara yang tidak baik, aminnnnnnnn.


p/s: Langit terus menangis :(.


4 remarks:

ibu iman said...

Aminnn...

KS said...

aminn...

mmg benda2 gini i pon takot..

Mrs Noba said...

sama la beb.aku kalo ternampak acciddent sure terdetik apa perasaan family yg tunggu kat umah. Sob sob!

i.s.z.a.n said...

ladies:
mintak dijauhkan la dari kita, keluarga & kawan2 kan?