Mulut Jahat vs Mulut Longkang

Thursday, February 17, 2011

Seperti yang aku bagitau semalam, tajuk ni yang aku cuba nak blog smalam. Tapi tersasar sudahhhh.

Bab ni dah banyak kali aku cakap kat blog nih. Sebabnya....aku selalu jadi mangsa manusia mulut longkang yang sebelum ni biasanya aku panggil mulut puaka.

Ko reti tak bezakan antara 2 tu? Mulut jahat & mulut longkang?

Pada aku, biar ko mulut jahat jangan mulut longkang. Aku admit aku seorang yang bermulut jahat. Mulut longkang belum lagi hahaha. Aku cakap memang jenis lepas. Kalau ko kenal aku, ko tau lah. Babi, sial, puaka, lahanat, gampang memang senang je terlepas kalau ko cari pasal ngan aku. Pada aku tu mulut jahat. Macam ko cakap terus terang ' weh, dari ko pakai baju camtu baik ko bogel terus! Hahahhaha' gitu. Sound direct. Kena kat orang yang tak tahan memang selamat kene cili mulut aku nih tapi setakat ni yang berjauh hati memang ramai tapi lempang belum penah kena lagi. Cubit ngan lepuk memang selalu hahaha. Apa? Balas? Tak bolehhhh sebab biasanya mak aku yang buat gitu haha, takkan aku nak balas pulak? See? Ngan mak aku sendiri pun aku main cakap lepas apa lagi dengan orang lain. Apa sangat le cubit tu pun walaupun kengkadang lobam lah jugak haha. Dah 'ada aku ajar ko cakap gitu? Ada?' takkan nak cakap kosong kan, mustilah kene di iringi dengan lepukan atau cobitan manja. Manja lah sangat kalo sampai lobam tu haha. Eh, melalut sudah?

Bebaru ni seseorang yang dekat dengan aku makan hati dengan mulut aku. Lama lah gak tak bertegur sapa. Nak buek camno, dia yang lari. Aku chillex je. Puncanya adalah kerana aku bercakap benda yang betul. Cakap depan2. Tuan badan tak boleh terima. Biasalah, truth bites. Tapi sekurang-kurangnya aku cakap depan & benda tu betul. Samada nak terima atau tak, tu terpulang pada tuan punya badan.

Kalau kes mulut longkang ni. Ko cakap benda yang tak betul. Ko jaja citer yang faktanya telah ko putar belitkan sampai walaupun benda tu mungkin betul, tapi bila banyak sangat corner untuk sedapkan jalan cerita sampai penerimaan orang dah lain. Nak contoh ke? Tak payah boleh tak? Malas lah nak taip contoh haha.

Mulut longkang ni lagi satu pada aku, benda yang memang betul tapi ko tak patut komen, tapi ko komen sesedap tekak ko tanpa memikirkan skang ni ko berdiri kat mana. Paham? Kompom tak paham kan? Lu fikirlah sendiri.

Biasanya tampang (keluar dah jowo aku, ni lah kalau banyak sangat layan sinetron) si dia ber mulut longkang ni muka memang baik giler. Sopan santun. Tertib. Pendek kata dari luaran pijak semut pun tak mati. Yang tak mati tu tukang pijak lah. Semutnya dah leper.

Aku banyak kali terkena. Dari zaman dolu-dolu lagi lah. Sedapppp je tekak dia kata aku lesbian sampai aku kena humban keluar dari asrama yer? Sedapppp je menyampai yang aku ni mengata-ngata dia kat fb takhal yang aku kata 'biar bodoh tapi rajin dari pandai tapi malas' tu tak lain dan tak bukan adalah diri aku sendiri. Lenkali tak tau hujung pangkal sila siasat, sila bertanya, jangan main redahhhhh je. Apa ko ingat ko abang Nas main nak terjah-terjah? Abang Nas tu kalau kena ngan aku lama dah kena tempeleng, eh tetiba.

Aku sebenarnya tak tau apa motif aku untuk entry ni tapi pada kawan-kawan semua, tolonglah. Ada benda kita boleh cakap, boleh speku, boleh membahan tapi ada yang tak perlu & tak boleh langsung kita sentuh. Contoh aku taknak bagi. Hari ni hari malas bagi contoh sedunia. Buruk padahnya bila kita cakap tak ingat Allah. Sehebat mana pun kita, Allah jualah Maha dalam segala-galanya. Jangan kita cakap sedap anak tekak tanpa mengira Pencipta sekian alam yang Maha Mengetahui apa yang terlintas di otak kita.

Aku seboleh-boleh nak sampaikan sesuatu tapi aku rasa tak tersampai. Jadinya baik aku stop dari aku terus meraban. Sekian.



6 remarks:

IntanSham said...

tapi aku paham apa yg ko nak sampaikan... terima kasih atas ingatan... *wink*

knv said...

kalau paham dapat hadiah tak? :P

reena said...

klu macam saya mulut laser kategori apa kak? mulut jahat ke mulut longkang?

(Tapi bf saya panggil saya mulut longkang. hampehsssss)

mamaDhea said...

aku agak aku paham maksud tersirat entry ko nih.. :)

NadiahKhair said...

panjang betul kamus ko. penat aku baca.

haaaaa...aku kategori mulut jahat.
tapi bukan longkang yeee..

get ur fact right pompuan! *bukan ko pompuan lagi satu tuh kalau die baca blog ko ler*

Mrs Noba said...

ok. aku nampak longkang dengan jahat je...
berpinau mata aku! :D