There was an error in this gadget

Random babbles

Wednesday, February 16, 2011

Salam.

Tetiba bagi salam tak pernah-pernah.

Lamanya tak berblog. Keadaan diri tak mengizinkan. Aku & Naufal demam dari sebelum CNY. Aku yang memang sangat susah nak demam ni tewas jugak. Kuar masuk klinik dan hospital berkali-kali sepanjang itu. Rupanya di jangkiti Influenza B. Nasib baik Naufal tak semput sama, kalau tak, tak tau lah. Naufal hilang 3kilo sejak demam. Aku mungkin turun jugak kot tapi tak banyak haha.

Sebelum tu aku nak ucap terima kasih pada yang mendoakan kami anak beranak untuk entry WW last week. Anak aku admitted lagi lepas tak sampai sebulan. Hati mana tak pedih? Sejak mula sekolah 3/1 lepas, dia lebih banyak ponteng dari sekolah. Tak pe lah nak. Nasib kamu baru kindy. Semoga kamu semakin sihat. Jumaat ni follow up. Cek darah. HB dia terlalu rendah. Teringat masa aku pregnantkan dia, HB aku memang sentiasa di bawah tahap standard klinik. AKu tak tau lah berapa, tapi asal check-up, tang HB mesti misi tulis pakai pen merah pastu kenelah dengar bebelan misi. Soh makan sawi merah, ikan bilis, kerang, hati. Malangnya, selain aku memang mabuk teruk masa preggy, tak boleh makan apa termasuk air kosong, semua makanan yang tambah darah tu aku tak suka, tak makan. Tak sangka pulak anak pun terkena.

Paed tanya, kami ni ada sejarah thalassemia ke? Setahu aku memang takde tapi tak tahulah. Mintak-mintak blood test jumaat kang HB kamu naik wahai anak. Cukuplah apa yang kamu hadapi selama ni. Dari kamu dalam perut, keluar perut sampai skang kerja kita makan ubat bertimbun-timbun. Memang lah untuk kebaikan kita tapi tak sanggup dah mama nak, menghadap kamu yang reluctant untuk makan ubat-ubat kamu. Kami yang tengok pun tak larat, apatah lagi kamu yang kena hadap semuanya.

Maafkan mama yer. Aku memang rasa bersalah dengan anak aku. Semua sakit dia memang asalnya dari aku sebab suami memang orang yang sihat. Dia lelaki, aku lagi sedih sebab dia tak boleh lasak sangat. Semoga semuanya hilang bila dia semakin membesar, amin.

Tajuk asal entry nih sebenarnya adalah Mulut Jahat vs Mulut Longkang tapi sebab aku terrrrrrrrmasuk pasal anak aku, panjang pulak maka aku pun tukar tajuk. Nanti ada kesempatan aku tulis pasal tajuk tu.

Banyak sebenarnya yang aku nak tulis tapi banyak sangat keja rumah perlu di selesaikan dulu. Tengok je lah WW kat bawah ni, menimbun baju yang nak kene lipat. Tu belum mengemas segenap inci rumah. Sepanjang lebih 2 minggu demam, bukan suami tak tolong tapi faham-faham saja lah. Mana sama orang lelaki dan orang perempuan punya kerja?

Until then, toodles ;).



7 remarks:

ibu iman said...

entry yg sedih...huhuhu. pun ade dengar jugak klu kene lelah mase kecik... lelah tuh akan sama hilang sama ngan kite membesar. InsyaAllah...

mazz said...

babe, i pun sedih bila diagnosed sakit then adam pun terkena sakit yang sama all because of me. Tapi kena ingat la mungkin itu ujian allah nak bagi kat kita and ada ubat untuk sakit tu. Kesian memang kesian sebab kecik lagi ubat bertimbun, for me adam takde masalah nak makan ubat, suka lagi ada..alhamdulillah disitu. Never blame yourself for anything happened. Everything happenend for reasons.

Sayang.Ibu said...

sian korang anak beranak babe.. aku doakan semoga naufal dan ko bertambah sihat hendaknya....

KS said...

take care babe. ahli jemaah semua kental luar dalam hehe :)

#muhasabah banyak2 :P

Zety Zin said...

kata gynae aku dulu, aku pembawa thalassemia. huhu.

aku doakan yang baik2 untuk ko. semoga sihat selalu.

Umie said...

mudah-mudahan semuanya berakhir dgn baik..;-)

i.s.z.a.n said...

wani:
sedih ke? haha. hopefully hilang lah lelah dia. mak dia ni dari kecik gak & samapi skang ada lagi. kadang2 buat alasan taknak bsukan :P

mazz:
Fal berkira nak mkn ubat. dia xdela nangis tapi dia reluctant & tanya macam2 kenapa kena makan, sampai bila siap tawar dr 5ml nak 3ml la, lotihhh mak!

intan:
mekasih nyah :)

KS:
memang kental, menangis di dalam je heee

Zety:
aku xde pernah plak sesapa nak soh test penyakit tu tapi aku 'rasa' aku xde hee

umie:
aminnnn