Truth (always) bites

Thursday, February 24, 2011

Balik dari jemput tuan kecik dari skool semalam, ada 1 missed call kat hp aku. No tak kenal tapi macam boleh agak. Dalam pukul 12.30 ada call dari no. yg sama so aku angkat.

Aku cuma dengar apa yg Dr. Tham cakap. Macam takde perasaan. Mungkin otak aku belum proses apa yang dia cakap. Lepas letak tepon, tetiba tengok Naufal & dia tanya

'Mama, kenapa ada air 1 jatuh kat eyes mama?'

Omaigod, I'm crying!

'Mata mama masuk pasir nak', cliche, I know.

Last friday saing birthday Mr. Slepi adalah hari utk follow up Naufal. Nak tengok Influenza B dia ada lagi atau tak. Lepas dapat blood report, Influenza B was gone but his Hb reading was still too low daripada paras normal. Benda ni perasan masa Naufal pergi klinik then Hospital Kulai lagi. Aku teringat doc kat hospital tu termenung panjang macam fikir kat mana silapnya hb Naufal ni rendah sangat. I told her that aku pun memang macam tu, hb low but she said it's not something normal. Aku memang ingat because of the prolonged fever aritu.

Lepas tu kan Naufal admitted kat Puteri, bloodtest report dia tang hb tu masih lagi rendah. Doc tanya aku atau Mr. Slepi ada keturunan Thallassemia ke and we said no. Sebab memang takde.

Last Friday during the follow up visit, 2 kali Naufal kena ambik darah. Yang second tu sebanyak 2 tubes untuk hantar ke KL nak cek Thallassemia and the report was here yesterday.

He was confirmed Thallasemia minor.

Aku sangat yakin dia takde so aku tak bersedia utk terima berita ni.

Menerima berita begini tanpa ditemani suami rasa pedih skali. Masa tu aku memang perlu untuk peluk dia. Untuk dengar dia cakap 'takpe, abang ada' untuk diyakinkan bahawa berita yang aku terima tak seburuk yang aku sangka.

Benda pertama yang aku fikir, apalah nasib dia besar sok. Kot nak bercinta, takkan dia nak tanya 'eh, awak ada thallassemia x?', aku rasa dan-dan tu awek tu blah. Aku mak dia, memang aku akan fikir benda-benda remeh macam ni. Walaupun dia baru je 4yo tapi aku kena fikir sebab dia tak mampu lagi nak fikir.

Kalau kebetulan soulmate dia sok pembawa jugak, mesti diorang kusut. Kesian. Ataupun mungkin dia di reject oleh orang yang dia suka bila dapat tau dia ada minor thallassemia. Otak...otak..jauh sangat fikirnya.

Lepas tu aku teringat Dr. Tham cakap 'your next anak ada kemungkinan pengidap (major) Thallassemia'. Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa perasaan aku.

Sebenarnya......aku dah tak protected lagi dari last year. Oleh sebab aku rasa trauma aku untuk conceive lagi skali takkan hilang, maka aku serahkan je nasib aku pada Yang Maha Agung. Aku stop contraceptive pill early last year, aku tak guna pape kaedah perlindungan lagi, hanya tunggu dan lihat. Kalau Allah nak bagi rezeki, aku terima walau setakut manapun aku.

Tapi.....bila dapat berita ni, aku goyang balik. Terasa letih. Untuk berdepan dengan macam-macam masalah Naufal pun aku selalu rasa despair. Kalau lagi sorang pun macam tu? Aku fikir akan ke Naufal terabai bila terpaksa uruskan yang satu lagi sedangkan dia pun perlu perhatian penuh. But again, Allah knows best dan aku tau Dia takkan duga hamba-Nya melampaui batas mampu hamba tersebut.

Aku yang baru terima berita macam ni dah rasa bergegar dunia, macamana agaknya mereka yang lebih teruk? Memang orang boleh cakap macam-macam. Sabar. Redha. But at the end of the day, kami jugak yang kena tempuh semua ni. Tapi.....adalah jauh lebih baik bila kita tau ada orang-orang yang menyokong & mengambil tau pasal kita dari terpaksa tanggung sakitnya (jiwa) sendirian.

Terima kasih bebanyak pada yang bagi sokongan moral smalam. Yang sms, yang call, yang pm, dm kat fb & twitter. Aku tau, walaupun aku takde (seriously) kawan di dunia nyata, tapi kawan aku adalah ramai di alamaya.

Naufal skang pun tak sihat balik. Skang aku tau kenapa dia susah nak sihat. Mudah letih. Mudah lebam. Benda-benda macam ni lah yang selalu buat aku tawar hati nak kerja balik. Lagi dengan nature kerja Mr. Slepi yang banyak masanya kat sites & office dari kat rumah walaupun on his MC leave ataupun public holidays.

Aku hanya mampu berdoa dan berserah. Aku harap semuanya tak seperti yang aku sangka. Ada sesi penerangan dengan paed yang perlu kami hadiri tapi ntahle, bila dah tau keputusannya, nak dengar lagi macam dah tak sanggup tapi kena la hadap gak paed dia. Tengoklah bila aku dah sedia.

Lagi sebulan follow up untuk athsma pulak sebab sekarang Naufal pakai aerochamber tu. Sighhhhh.

Mengharapkan ada sesuatu yang mampu ceriakan aku setelah bertimpa-timba berita sedih aku terima sejak mula tahun ni.

ALLAH, berkatilah kami semua, amin.



Kamulah madu. Kamu tak pernah jadi racun. I love you. We love you!

27 remarks:

reena said...

Errr..tak tau nak cakap apa kak. Orang yang mengalami je tau rasa macam mana. Apa pun, sabar & tabahlah kak!

Ibu Aimy said...

menitis air mata aku baca nih.. ko kena kuat ye iszan... Allah duga korang sbb DIA sayang dan ko dlm perhatiannya.

sisdee said...

aku nk jek jadi tmpat ko nges kat bahu aku nie (meh..meh..) huhuhu..yea aku buat lawak yg tak lawak...sbb aku baca nie pun aku ngis..:(

apapun iszan..wlu aku tak kenal ko tapi aku tau ko ni sama jek hati ngan aku cuma aku nie soft sikit ko loud sikit...

tapi aku harap ko terus kuat ... sape pun kt tmpt ko sure akan pkr benda yg sama yg ko kata remeh tu..aku anak dmm dah pkr yg mgarut2...lagi dalam keadaan camni...ko ingat..semua orang sokong ko..ko juga pkr...ko susah..ada orang lagi susah..just take care dear!!! :)

Unknown said...

Seriously aku tak reti nak cakap apa. Tapi aku tetap doakan yang baik-baik untuk ko dan family.

Semoga Allah sentiasa berikan rahmatNya kepada kita semua. Amin.

Take care and be strong!

Yulie Elveera said...

iszan,
sedihnya aku baca.. saat2 camni ko mmg perlukan semangat. seriously, hanya ko je tau mana nk cari semangat tu..
iszan,
berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. serahkan pada tuhan ye.. hanya dia tahu hikmahnya. tabah ye iszan...
pasal keje tu, tak payah pk.. insyaaalh cukup mr slepi tanggung.. ko just concentrate kat anak tau.. keje2 tu pk nnti2...
insyaallah ada pelangi disebalik semua ni..

Along said...

Sebagai seorang ibu, aku bleh paham tahap kerisauan ko ni. Sedangkan anak aku kalau demam biasa pun, aku parah, ni kan kalau ada penyakit macam ni. Tapi sebagai seorang ibu juga, tahap ketahanan kita paling hebat...macamana pun dugaan menimpa, insya'allah, bleh lalui..walaupun diiringi airmata berbaldi2. Ko keep strong...get all the information you can on Naufal's condition. Better to be prepared for everything. Hal sorang lagi anak tu...Allah pemurah dan mengasihani...kalau ada rezeki, insya'allah. Kita doakan yang terbaik.

irmaputri said...

salam...kak iszan byk2 bersabar ye..tu semua dugaan tuk akak & family...tuk mengeratkan lagi kamu semua..silala berlapang dada & tabah hati sbb ade yang terbaek buat kalian..saya sentiasa mendoakan yang baek2...handsome mcm naufal pasti akn dpt soulmate yg menerima dia sediada....toksah wisau2...didik die sebaiknye...selalu beringat...ramai dkt luar sana lagi sadis nasib anak2 mereka ye...be strong... tabahkan hato ayahnye supaya berkerja dgn lebih kuat...akak pulak kena kuat jaga kesihatan...spy dpt menjaga yg lain ye

Unknown said...

Kak, saya harap akak tabah ye.. Naufal perlukan akak.. Jgn sedih2 tau.. Ada la ni hikmahnya.. Allah uji pada orang yang Dia sayang tau

ibu iman said...

buat naufal... auntie doakan semoga dipermudahkan segala2nye.... Aminnn...

IntanSham said...

babe... byk2 sabar.. dugaan untuk ko.. aku tau keyword 'sabar' dah takde makna utk ko skrg nih, but thats all I could say. bertabahlah babe.. cuba ko try tanya paed what is the best thing yg korang blh buat utk naufal. Aku doakan everything will goes smooth for all of u... take care

cc said...

sy tak reti nak bagi kata2 perangsang, tp seikhlasnya sy harap akak tabah hadapi semua ni. dugaan kak, Allah tak bagi kalau Dia rasa akak tak mampu untuk hadapi.

akak kena kuat demi Naufal. semoga semuanya baik2 saja.

Ealyie said...

aku speechless :(

Umie said...

Isz, aku taktau nak cakap ape..cuma nak share experience my sis je kat ko..

my sis ada 3 anak & 2 darinya adalah Thallasemia..i'm not sure major or minor but hospital always be their 2nd house masa diorang kecik2 dulu.. diorang pun mcm ko gak at 1st takleh nak detect kenapa anak diorang selalu kurang sihat & nampak pucat selalu..after few times of blood test baru la tau yg anak diorg adalah pesakit Thallasemia.. sebabnya my sil & BIL adalah pembawa Thallasemia.. dulu2 kan takde nak check2 darah masa nak kawin..so mmg le taktau dr awal kan..lgpun kalau tau sekalipun, dah kata chenta kan..so, aku rasa naufal nnt kalau dia dah jumpe his true soulmate yg chenta akan dia insyaAllah takde hal lah..;-)

Tapi aku tgk my sis & BIL tenang aje (dlm hati xtau le kan)...mungkin tu cara diorang nak bg semangat kat anak diorang.. but now diorang makin besar nampak diorang tu aktif aje..tak nampak mcm org sakit pun cuma kulit jela nampak pucat.. dah kurang jugak pegi hospital..Alhamdulillah..;-)

Mamamarina said...

Iszan, I nak u tahu yg u r not alone, babe. u still have frens, right. nanges aku bace nih. Be strong for ur Naufal

aidie said...

in tanda Allah masih sygkan kita. Dia beri dugaan sbb Dia tahu kita mampu untuk tanganinya. InsyaAllah, u can go thru this. Take care

Puteri Mona said...

Sedey pulak ati mak baca entry neh. keep strong beb, semoga Allah permudahkan semuanya n naufal kembali sihat. InsyaAllah ada hikmah dibalik setiap kejadian. Byk2kan berdoa padaNya keh.

knv said...

sabarlah dik.

trust me it's not so bad. at least naufal masih bernafas. you still get to hold him in your arms. at least you are staying at home with him 24-7, which is so priceless. now you know why allah tak perkenankan your doa to go back work again.

it's not so bad. it's not so bad.

all you need now is to keep fighting for naufal. be strong ya.

Diver Mom said...

Ohh.. Sabar ya.. Semua ini cabaran dan dugaan dari Allah.. Tabahkan hati, kuatkan iman ya...

Zaila Mohamad said...

banyakkan bersabar ya!! anak buah Zaila pon ada penyakit yg sama dengan Naufal juga, memang masa dia kecik2 selalu kuar masuk hospital amik darah, tp Alhamdulillah sekarang bila dia dah besar sakit tu makin terkawal & zaila tgk makin aktif pula..

ko jangan pk banyak sangat ya, take care of yourself & jaga Naufal elok2, kalo dia ada athma kalo leh jgan bg dia main ngan kucing lg

NadiahKhair said...

Hugsss.. U know i'm always here for u guys.

Take care beb.

Anonymous said...

Babe, I'm speechless. Me n you are in the same situation.

Masa dr diagnosed me n adam hypothyroid, rasa langit tu hempap kepala...later duduk2 kat umah pikir gak apsal aku yg kena? Apsal anak aku? Tp kena pikir positif je la, at least dia aktif walau selalu sakit,membesar depan mata kita, tumbesaran macam kanak2 normal, alhamdulillah...a piece of advice from me kita perlu stay positif sebab sakit2 tu ada penyembuhnya (kalau x leh sembuh pun boleh dikawal) kalau kata penyakit kronik (nauzubillah) ntah macam mana la kita nak terima. Hugs and kisses for naufal ye.

mazzuana said...

That anon is me la iszan, ape ke bengong blogger ni...

Aku wanita yang cekal said...

iszan..walau k dah x ler rapat ngan ko..tp bila bab anak2 ni..tersentuh hati..sayu rasa..tabahkan hati iszan..kuat semangat..cekal..insya Allah pasti ada hikmah di sebalik semua ini..Aaminn

sherida said...

iszan.....macam yg kite bgutau dlm phone ari tu...anak kite Wafiq sama kes mcm Naufal... memang kerap masuk wad...muka pucat...mudah lebam2... Wafiq pon kena tanyer GF sama ada thalesemia ke tak nanti bila dh besar... Mcm Wafiq skrg dah 8 tahun,kekerapan masuk wad dh mula berkurangan tapi masalah baru plak hidung rajin berdarah.. kebanyakkannya dalam tidur... jd,sepanjang malam kalau tidur pon,hati kite takkan tenang...
Nway,tabahkan hati dan kuatkan semangat awk...kite amat memahami perasaan awk....

vogue said...

beb....thallasemia minor tuh pengidap ke pembawa?

b strong....go for the consultation...supaya ko lebih tabah dan tahu selok belok caner nak besarkan naufal sok...

babies wif G6PD pon hidup di hujung tanduk juga kalau nak kiranya...silap sikit blh jd padah teruk...

aku pon xtau how extreme thallasemia naufal....but yakin this is all aturan Tuhan....u didnt get 2 b the chosen one wif no reason...

on next babies....i read somewhere tt cordblood cell blh cure thallasemia....jgn risau risiko yg ada....cuba pk kemungkinan yg lebih positive...

if the ur nest child sihat, insyaallah....his/her stemcell can b used 2 rawat naufal...

but u need 2 seek further consultation on this...i dont know how far malaysia's achievement in stemcell nih...

there's always a way beb...always....

Sue said...

sabar byk2 iszan. ermm aku sendiri tak tau apa talasemia ni sbnrnye walau iklan kat tv da banyak. aku tatau ape sebab/akibat kalau ada talasemia. kena gugel la pasni. nway... jgn sedih2. jaga naufal baik2.

*bila baca ni teringat cite mazz ngan adam. rupanya sama kes yea mazz? Insyaallah, iszan ngan mazz adalah hamba yang terpilih, yang boleh menghadapi dugaan Allah dengan bantuan-Nya juga.....

eridanus said...

Hi Iszan,
Been (silently) following ur blog since Naufal was 2 years old. His age is about my son's age and his cheekiness, nakal comel etc are almost the same as my boy.

My doa for u n Naufal dearie. And yes he always be your madu, always.

-Syau, BSP-