There was an error in this gadget

Izinkan aku mengeluh.....

Monday, March 14, 2011

...sebab aku penat.

Aku tak mintak orang faham. Tapi biarkan aku luah perasaan aku kat 'space' aku sendiri. Kalau suka, baca, kalau tak tutup je. Kalau rasa bitter, pi ngumpat ngan orang lain tapi tolong jangan tambah beban aku dengan komen-komen yang aku rasa korang pun tau aku taknak dengar buat masa sekarang.

Bukan niat hati taknak mendengar komen orang. Takde terdetik rasa 'macam bagus' sampai orang lain tak boleh kata apa.

Like I said, this is my space. Aku berhak nak tulis apa yang aku rasa. Blog ni tak pernah berniat meraih traffic atau duit Nuffnang. Semua tu bonus. Apa yang ada kat blog ni sampai aku boleh buat duit? Takde apa. Aku tau blog ni blog takde pekdah. Sebab tu aku cakap, kalau rasa bitter, tekan butang X then jangan datang lagi.

Kalau yang follow aku dari dulu, korang patut tau yang aku memang tak suka komen 'macam bagus' ataupun 'aku lagi susah' atau 'ada yang lagi susah'. Call me selfish but pada aku, susah orang lain tu orang lain yang hadap, susah aku, aku yang hadap. Di mana bagusnya aku fikirkan kesusahan orang lain? Supaya aku lebih bersyukur aku tak seteruk itu? Aku rasa aku jenis orang yang tak pernah lupakan orang yang lebih susah. In fact, dalam entry2 aku, kalau aku luahkan keperitan aku, kesusahan aku, aku akan mention pasal 'macam manalah agaknya orang yang lebih teruk dari aku?'. Jadi, mana perlunya aku di ingatkan lagi?

Salah aku sebab orang tak faham semuanya. Tak mungkin untuk aku ceritakan semuanya. Pada aku, kalau tak tau, tanya dulu, jangan sedap rasa assume sesuatu benda dan cuba jadi bijak dengan menmberi komen yang aku tau niatnya nak 'membantu' tapi sudahnya 'menyulitkan' aku.

Aku bukan cuba jadi pandai but I just being me. Iszan. Bukan orang lain. Aku cuba untuk menjaga hati orang, menjaga silaturrahim yang ada walaupun hati aku sendiri hancur.

Dari azali, aku sentiasa describe diri aku sebagai seorang yang complicated, secretive. Semua ni 'makan dalam' but that's me. Always.

Sebab tu, aku sentiasa gagal sampaikan apa yang aku cuba cakap. Aku cuba berterus terang, aku cuba bercerita tapi pada masa yang sama aku cuba melindungi sesetengah perkara.

Pada aku, kalau tak rasa, jangan cerita, jangan memandai. Kalau rasa, tak payah kata 'aku lebih teruk dari engkau' sebab itu bukan nasihat, itu adalah beban, beban yang di tambah pada orang yang dah sedia dibebani.

Urusan aku dengan Yang Maha Mengetahui, jangan risau. Aku sedar kat mana bumi yang aku pijak, kat situ jugak langit akan aku junjung. Hanya Dia yang tahu segalanya. Tak perlu kaji yang itu. Itu urusan aku dengan Nya.

Again, kalau suka dengar lah. Tak payah selami. Tak payah tukar tempat. Tak payah cuba menjadi hero. Just being a friend je dah cukup baik even terlalu baik untuk aku. Dan, kalau tak suka, kalau bitter, pergi lah, tinggalkan space aku. Lupakan cerita aku. Jangan tambah sakit aku, jangan tambah beban aku, jangan tambah luka aku, jangan tambah derita aku, jangan tambah seksa aku.

Aku mungkin nampak tough but I'm not that strong. I'm not strong at all. I'm weak. Biarkan air mata aku, aku simpan untuk yang memerlukan. Biar kuderat aku, aku gunakan pada yang layak mendapatkannya.

Izinkan aku mengeluh.....sebab, aku PENAT.