There was an error in this gadget

Jangan serang peribadi orang

Thursday, March 10, 2011

Salam.

Semalam aku ngelat tak buat WW sebab hp aku cakap semalam hari thursday, bukan wednesday, so #salahsistem, bukan salah aku. Motip mukadimah?

Skang ni payah betul nak blogging. Kalau dulu aku salahkan fb, skang aku salahkan twitter. Mana boleh salahkan diri sendiri, dosa! Too occupied with twitter sampai rasa malasnyerrrrrrrrr nak blogging.

Topik kita hari ini adalah seperti tajuk di atas. WT? Ye lah, aku kan selalu topik lain isi lain. Yang ni pun mungkin sama lah gak seperti biasa kot haha.

Aku terpanggil (lah sangat) nak komen bab nih sebab dari twitter lah jugak. Dari sesi diskusi ilmiah beburung malam tadi.

Punca asal adalah dari komen seseorang yang berani tonjolkan nama tapi tak berani tonjolkan diri yang sesedap anak tekak komen tentang orang lain. Apa ko nak cakap ni pompuan? Maksud aku, komen yang mengutuk blogger lain.

Pada aku, memang ada benda patut ko reveal kat alamaya contohnya penipuan. Aku sendiri ada 1 blog khas tentang penipuan seekor pentipu dengan mendedahkan sebanyak mana information mengenai orang tu dengan niat supaya orang lain tak terkena macam aku.

Tapi, kalau ko serang peribadi orang secara terang-terangan? Nak mengumpat is fine (mazhab mana ko pakai?) tapi belakang2 la weh. Jangan sampai kantoi kahkahkah. Sila jangan percaya dakyah songsang aku. Tak pasal-pasal rebeh bahu kiri aku. Maksud aku, pepandailah kan? Ni ko komen terang-terang pastu siap nama bagai. Come on la, this is Malaysia. Ko boleh cakap apa ko suka, memang, but semua benda pun ada boundary, do not cross it.

Lagi satu, ko persoalkan kebolehmampuan (mak ai perkataan, ada x dalam kamus ni?) seseorang. Apa hak ko?

Meh aku citer walaupun ko takmo dengar. Ko di sini aku pun tak tau saper haha. Aku cakap secara general. Ko nak tewasa ko punya pasal.

Aku (mestilah citer pasal diri sendiri, baru real :P) datang dari keluarga yang pada aku lagi rendah dari taraf average. Kami cukup makan cukup pakai walaupun adakalanya makan kami berhutang dulu. Aku ingat lagi dulu aku malu nak pergi kedai sebab aku takut pakcik tu marah sebab aku nak hutang. Bapak aku belum gaji. Nanti gaji bayarlah. Tapi biasalah orang kedai, pepaham je lah. Macam-macam ayat power aku dah dengar tapi harus jugak lah pergi. Kalau tak, tak makan kami sekeluarga.

Aku ni pulak, aku sedar orang tua aku susah tapi aku ada kehendak aku sendiri. Aku tau, aku paham itu KEHENDAK sebab aku tau kalau aku tak dapat pun, hidup aku takkan terjejas. Tapiiii...aku selalu KEPERLUANkan KEHENDAK aku, paham? So aku akan cari sendiri. Aku tak mintak orang tua aku. Macam aku, dari kecik aku memang suka bag & kasut. Mungkin aku tak tau pasal brand-brand nih back then, tapi aku akan cuba dapatkan apa aku nak walaupun mahal.

There was a time when trend kasut yg tapak cam ada stubs tu tengah hot kat skool, aku pun nak! Kasut tu RM30.00. Pada aku memang cukup mahal. Nak mintak orang tua aku, pandang muka bapak aku yang susah payah kerja, pandang muka mak aku yang nak beli susu adik-adik pun sakit, aku cari sumber lain. Masa tu akak aku dah kerja. Kerja kilang je pun. (Ko jangan lempang aku eh kak aku cakap ko keje kilang JE dulu haha). Jadinya aku merayu kat dia. Aku cakap aku buat apa je yang dia suruh asal dia belikan kasut tu. Lama gak aku pujuk dia. Dekat seminggu. Finally she agreed! tapi dengan syarat aku gosok baju kerja dia selama sebulan. Sepasang baju (kurung), sehengget. Aku buat, sebab nakkan kasut tu.

Ada skali pulak, aku nakkan backpack ni. Kaler ijo askar. Perasan ganas la kalau dapat pakai bag tu kahkah. Imitate je punya pun. Masa tu tahun 1 kat UTM. Kat stesen bas Larkin. Aku tengok aku nak jugak! Nak dan dan tu jugak! Tapi aku tau duit aku ada berapa. Jenuh aku nego sebab duit yang aku ada dengan harga bag tu gapnya agak besar. Last price akak tu bagi adalah terlebih RM1 dari duit yang aku ada. Aku mintak jugak merayu-rayu. Agak lama tapi lepastu akak tu bagi jugak. Dah deal nak beli, sekali kira-kira duit, kurang RM1. Jenuh aku cari siap duduk bersila kat depan kedai sebab nak bongkar backpack aku, mana pulak cicir RM1 aku nih. Dulu RM1 yang gold coin tu (macamle mengkeme tak tau). Nasib jumpa, dapat gak bag tu sebab akak tu tak mungkin jatuhkan harga lagi. Mungkin RM1 tu je untung dia, who knows. Lagipun dah banyak dia bagi aku kurang.

Being me, aku macam orgasm gitu kalau bebenda yang aku nak (walaupun bodoh pada sesetengah orang) aku dapat.

Banyak lagi. Even sampai sekarang aku macam ni. Tapi sekarang aku akan masukkan priority lain dulu sebelum aku teruskan membeli apa aku nak.

Apa yang cuba aku sampaikan, biarpun sesusah mana seseorang tu, dia tetap berhak dapatkan apa dia nak, dengan apa cara (yang baik) sekalipun. Mencuri tu tak termasuk dalam 'yang baik' yer?

Kalau dah duit habis kat barang yang nak tu, salah 1 nak cover balik adalah dengan terpaksa ikat perut. Mana yang boleh kurangkan, aku kurangkan. Kalau tetiba masa tu lah kawan-kawan nak makan KFC, aku tetiba lah 'tak teringin' nak makan. Tapi kawan-kawan aku semua jenis baik-baik. Makanan kita share sama-sama. Kalau tak makan, biar semua tak makan.

Faham tak? Tak faham sudah!

Aku tau, mungkin ada yang ingat benda-benda macam ni bodoh.

Ko tau ko tak mampu, buat apa ko susah-susah diri nak dapatkan?

Sanggup ikat perut untuk sebiji bag?

Cakaplah apa korang nak cakap tapi jangan pertikaikan passion sesorang terhadap sesuatu benda. Semua orang ada benda yang korang suka. Mungkin tak sama. Mungkin benda yang orang tu suka, korang tak suka. Tak perlu being judgemental. Mungkin korang mampu dapat apa korang suka dengan mudah, sebab tu korang sesedap tekak nak komen orang. Mungkin korang bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang filthy rich tapi jangan condemn orang yang tak mampu (pada korang).

But please, bear in mind. Segila-gila mana pun, pastikan tidak menyusahkan diri dan orang lain. Jangan ko berangan nak pakai bag mahal sampai harganya mencecah 5 angka tapi sesedap rasa ko swipe credit card ko pastu tak bayar haha. Aku BELUM lagi buat macam tu. Aku swipe, aku bayar. Dan semoga aku terus bayar haha. Tapi aku jenis tak suka hutang. Benda-benda besar macam kereta ke rumah tu memng tak boleh la elak kan?

Kan? aku cakap dah. Rasa macam tak tersampai apa aku cuba nak sampaikan seperti biasa.

Ahhhh, persyaitonkan!

Akhirkata

“We can never judge the lives of others, because each person knows only their own pain and renunciation. It's one thing to feel that you are on the right path, but it's another to think that yours is the only path.”

*tetiba* bak kata Paulo Coelho.


9 remarks:

ibu iman said...

takutnye nak komen...hihihi. betul tuh! kehendak kite kalau da jadi keperluan tapi kalau kite usahakan sindrik tanpa menyusahkan org lain... nape perlu org nak pertikaikan. da namenye kita usaha sindrik tuh lah hasil yg kite dapat. usaha tangga kejayaan! heee... samelaa diriku di sini... walaupun tak kaya... Alhamdulillah kami pun cukup makan cukup pakai. tapi kalau nak sesuatu kehendak tuh... ikat perut gaklaa... :D

MS said...

mana butang like ni???

btw isz...aku setuju beratus2 kali :))

Diana AR said...

betul la tu.. suka ati kita le ye, janji tak nyusah org lain..

cc said...

ko adalah sarah amir kn? bahahaha =P

C!kpuanmuda® said...

is.the.good.one.

Sayang.Ibu said...

aku L.I.K.E n3 ini... :)
well said babe..

knv said...

yes. stop being judgmental.

i.s.z.a.n said...

wani:
itulah. kadang2 orang ni tak fikir bila nak komen, komen blakang tu diorang punya pasal tp klau nak komen publicly, sila fikir kesan komen tu kat org lain, kan?

MS:
butang? belum jait lagi :P thx anyway

Diana:
itulah. tak paham klau ada manusia yg susahkan diri sendiri by TENGOK je kita

cc:
molot ko dikkk. Tak lah. Kalau dia (yg ntah saper tu) nak tewasa, silakannnnnnn tp aku cakap secara general sebab benda ni selalu gak jadi kat aku)

CPM:
is.the.thank.you.is.the.bery.much

Intan:
mekasih ;)

knv:
yer!

Anonymous said...

dik, you ok? take care.

-knv-