There was an error in this gadget

Terima kasih!

Tuesday, March 1, 2011

Atas ucapan dan doa kalian semua. Aku masih belum sempat nak reply komen-komen semua. Hidup masih agak tunggang langgang. Aku akan cuba balas cuma tak tau bila, ampon!

Untuk makluman semua, abang aku telah melepasi tahap kritikal, Alhamdulillah. Berkat doa kalian juga. Sekarang masih berada di bawah pantauan doktor. Masih lagi di hospital. Tak tau lagi sampai bila.

As for me, aku memang sibuk. Semalam seharian sibuk dengan saman yang akhirnya tak dapat jugak bayar. Inilah padahnya buat kerja last minute. Tapi aku ada alasan aku sendiri. Tapi, nama pun ALASAN.

Hari ni aku kena sibukkan benda lain pulak.

On Naufal, he's still unwell. Makin cranky. Makin kuat mengamuk. Makin kuat menjerit. Frankly speaking, aku memang tak sabar. Tapi sebelum tidur,aku selalu tanya dia,

Fal sayang mama?
Yes

Kalau mama marah Fal, jerit kat Fal, cubit Fal, Fal masih sayang mama?
Yes!

Terima kasih anak. Mama pun sayang kamu, unconditionally!

Have to go now, toodles!


0 remarks: