There was an error in this gadget

Banyaknya cerita sampai tak tercerita

Friday, April 1, 2011

Hence the title, haha.

11 hari berumah tangga di hospital, banyak benda berlaku. Ada benda yang aku nak share dan ada benda memang aku tak nak share.

Untuk bebenda yang aku nak share, aku bermasalah pulak nak cari masa untuk menaip.

Yer, itu adalah alasan tapi itulah alasannya haha.

Untuk tak nampak 'kosong' sangat entry ni haha, aku share la salah satu cerita yang buat aku happy sikit sepanjang kat hospital tu. Ingat senang ke nak cari cerita happy kat hospital?

It happened masa aku berkejar nak solat Maghrib kat bilik sembahyang hospital. Nama pun berkejar. Ye lah, anak aku bukan boleh tinggal. kalau dia tidur memang cecepat aku lari, kengkadang belum masuk waktu aku dah tercongok siap dok atas sejadah, masuk waktu terus zasss solat. Dengan drip kat tangan dia, adalah susah aku nak heret dia sama. Kalau takde drip, kalau kebetulan dia tak tidur, memang aku sembunyi-sembunyi seret dia sekali. Kalau misi nampak memang tak bagi tapi aku takde pilihan.

Ni apa aku nak cerita sebenarnya?

Oh, pas sembahyang, aku terkocoh-kocoh (seperti biasa) sarung tudung, pakai jam, pakai specs depan cermin. Masa tu ada beberapa orang dalam bilik tu. Tetiba ada makcik ni tegur,

"Kerja malam yer? dah terlambat ke?" (ada rupa misi ke aku? takmolah misi, doktor lah! haha)

Aku pun jawab la "eh tak laaa, jaga anak"

Makcik dan kawan makcik "laa jaga anak? Ingat ANAK DARA (kene CAPS & bold ni, fakta penting, kahkah). Baby yer?"

Aku, "tak lah, dah 4 tahun, dia tak boleh tinggal, saya pergi dulu yer cik".

Makciks "kesian...sokseksoksek", aku takleh tunggu. Ikut hati nak gak duduk lama sket. Bukan senang nak cari masa nak kurangkan sedikit stress setelah lama sangat terkurung kat hospital, tapi.....anak aku jauhhhhhhhh lagi penting.

See, happy moment kan? Ada gak orang nak ingat lagi aku anak dara. Ngan figure aku yang macam nangka busuk sekarang ni haha.

Sekian cerita tak kelakar. Semoga aku ada masa untuk share bebenda lain :P

Toodles!

13 remarks:

=sz= said...

ahahaa..
zan, aku rasa makcik tu nak tanya lagi skit soklan ...

"adik kawen muda ye..pas SPM?"
:p

chill...
alhamdulillah naufal dah beransur sembuh ya...

knv said...

hihihihihiihi... :D

madamoiselleczar said...

good to know u'r back ....
aku sebenarnyer di dalam state tak tau nak komen atau sebenarnyer tak berani nak komen apa2 entry hang..sbb aku tau ko tgh state bersedih dan cepat sentap :p
btw, semoga Allah memudahkan segalanyer utk hang...

Mamamarina said...

lame x dgr cite.. skali bile update.. walawehhh.. jeles tauu

i.s.z.a.n said...

suzi:
he's getting better Alhamdulillah. Klau dia tanya gitu, lagi den kombang setaman haha

knv:
cam ponti ko ngilai kak :P

madam za:
hahaha, komenmu tak pernah (lagi) membuatkan daku bitter, jangan takut. Biasanya org yg sok suci punya komen yg aku seram sejuk, klau yg jenis terejal (kahkah) cam ko, aku OK :P

Mamamarina:
haha, takyah la jelesss, makcik tu tertinggal cermin mata dia tuuu :P

sis said...

aku rs makcik tu mst rabun hihihi lariiiiii

i.s.z.a.n said...

sis:
aku pun rasa :P

Mrs Noba said...

hahahaha...that makcik kalo tanya soklan yang sama kat aku, memang make my day jugak lah!

i.s.z.a.n said...

MN:
kannnnnn?? haha.

jelita78 said...

pewwweeetttttt !!

ni nak kena menuntut ngn u ni..
pakai ilmu aper?
i pon teringinnnnn gak dgr org panggil i "anak dara" ..
oh god! how i wish!

jelesssss!!

KS said...

tapi makcik tak tgk avatar twitter dia yg b4 this.. macam mat rempit makcik... haha :P

tapi mmg, simple thing macam tu disaat hati gundah mmg really naikkan semangat :)

take care babe!

shuzana said...

iszan..dah lama tak masuk sini..sorilah ek..tahu2 je naufal x sihat..kesiannye budak ensem tu..semoga cepat sembuh ye..

i.s.z.a.n said...

jelita:
semua tu hanya ilusi optik haha

KS:
hahahaha

shu:
lama x dengar citer u gak? how r u & ur family? thx anyway :)