Berita sedih (lagi)

Thursday, April 21, 2011

[Warning: Entry yang sangat panjang. Read at your own risk. Kalau nak baca, baca sampai habis, kalau taknak baca, jangan baca, tapii...ahhh sukati korang lah!]


Belum sudah nampaknya series of unfortunate events aku untuk tahun ni.

Semalam sepatutnya aku happy. Well I am for the rest of the day except for few hours before bedtime.

Semalam adalah hari yang sangat produktif bagi aku. Aku siapkan semua kerja rumah termasuk laundry 2 round, lipat baju segunung, kemas, masak, iron baju, sumalah! Tu bab housechores. Dalam pada tu aku sempat pi beli saham (siyes aku takleh blah ngn term 'beli' ni haha, cam orang ado ado bunyinya, terus jd eksen :P padahalllllllll..beli yang paling minimum yang boleh :P) Bank Rakyat, bukak akaun suma. Urusan penyupiran merupakan benda wajib so xyah citer.

Dalam sibuk tu sempat pulak layan Rio ngn cik Inarshad. Bawak anak bujang yang sibuk nak tengok dari sebelum Rio keluar.

Bla bla bla belum pukul 9pm Naufal dah terlelap. Penat berjimba gamaknya. Sibuk tunggu Papa dia as usual sampai tertidur (as usual oso). Tak lama Mr. Slurpee pun balik. Aku bukakkan pagar, pastu dia letak barang2 kerja dia kat pintu (tetiba aku musekil sendiri, ni apa ke detail beno ko nak citer ni pompuan?) pastu dia bukakkan kandang kucing sebab nak bagi makan ngan nak bersihkan kandang diorang. Seperti biasa jugak asal dapat keluar, semua terus meluru ke tayar kereta untuk asah kuku. Pastu aku pun masuk dalam nak hidangkan dinner Mr. Slurpee. Dalam tengah panaskan lauk, sambil cuci pinggan tetiba Mr. Slurpee masuk amik guni. Aku takdela fikir apa. Aku ingat dia nak tukar cat sand tu. Skali dia cakap 'Gamo dah mati, kene langgar', terus aku rasa jam dunia berhenti berputar.

Aku ikut laki aku pergi luar. Aku tengok sendiri dia menggelitik. Aku tak nampak muka dia. Aku cuma nampak bulu tebal badan dia. Aku menangis kat pagar tu. Aku tanya siapa yang langgar. Laki aku cakap Charade depan rumah. Aku mengharapkan dia datang mintak maaf. Aku tak salahkan dia sebab aku faham kucing tu berlari ke jalan. Aku cuma harap dia datang say something. Dia tengok kucing tu menggeletik atas jalan. Dia tau itu kucing aku. Dia nampak aku dok menangis meratapi kucing tu. Dia bley tengok tanpa perasaan terus masuk rumah?

Ko manusia ke apa? Kalau ko orang lain aku faham. Ni jiran. Ni tahun ke-6 kita berjiran. Kalau ko langgar tu batu ke kayu ke barang x bernyawa aku tak marah, ni kucing. Kucing yang bertuan. Ko pernah mintak kucing tu dari aku dulu. Ko tau aku selalu bercakap2 dengan kucing tu. Ko tau macamana aku & keluarga aku layan kucing2 aku, kan? Takde hati ke? Takde belas kasihan? Takde hati perut? Aku tak mintak ko ganti sebab aku tau bukan salah ko walaupun ko memang asal bawak motor ke kereta ke macam pelesit. Rumah aku bebetul lepas simpang. Apa kejadah ko nak bawak lelaju? Layan corner? Tu nasib kucing kalau anak orang? Ko nak jawab apa?

Kalau siapa yang follow aku kat twitter mesti ingat kereta yang aku asik menyumpah sebab asal Maghrib je dia memekak hidupkan enjin tekan2 minyak, tapi jalan tak jugak. Bunyi enjin dah macam bunyi motobot. Akhirnya kereta yang aku sumpah seranah tu lah yang meragut nyawa salah sekor anak2 aku.

Again, aku tak salahkan dia. Nama pun binatang. Tapi aku kecewa dengan sikap dia.

Yang sedihnya, kalau hilang atau mati mesti yang AKU sayang. Sebab tu aku tak suka bela binatang. Bila aku dah sayang, mesti dia tinggalkan aku.

Aritu Kecik kene curi. Aku ok lagi sebab aku anggap orang yang ambik dia mesti nak bela atau jual. Kalau sembelih aku tak tau la. Tapi ini mati depan mata aku. 1 malam aku menangis. Nak tweet tak sampai hati sebab kawan-kawan aku ada yang tengah kesedihan suaminya kene admitted sebab denggi, ada yang anaknya yang baru lepas hari sakit, yang diri sendiri tak sihat jadinya aku rasa apa sangatlah apa yang aku hadapi ni berbanding diorang. Sebab tu aku nangis sorang2. Laki aku pun sampai dah tak tau nak cakap apa.

*flashback*

Dulu masa lepas spm, aku ada bela hamster. Aku bagi nama Chico sebab masatu zaman Puteri Impian, aku memang jatuh chenta ngan Chico Harahap anak Uji Rashid tu. Lama gak aku bela. Takhal masa memula punyala geli geleman. Sebab aku duduk jauh dari family so aku jadikan hamster tu teman aku. Gi memana aku bawak dalam sangkar. Aku tak rasa apa pun masa tu tapi aku rasa mesti orang fikir aku mental haha. Aku dulu asik ulang alik ke sana ke mari ngan bas jadi si Chico ni memang aku seret sama la naik turun bas masuk kuar mall bagai. Tapi akhirnya dia mati sebab komplikasi time beranak. Siyes rasa nak gelak tapi masa dia mati tu aku memang melalak macam nak rak. Akukan tomboy dulu. Ko leh bayangkan x aku yang macho ni melalak sebab hamster mati? Siap tepon vet ok. Sana sini vet aku call kot ada yg masih bukak nak soh selamatkan Chico aku malangnya semua dah tutup sebab masa tu dah dekat tengah malam. She was a part of me back then. Tu yang bila dia mati aku rasa separuh dari aku dibawa pergi.

Being me, aku memang suka bercakap ngan binatang. Tak kisahlah apa pun. Asal nama ko binatang, aku ajak borak. Ini macam kalu, memang tak salah la orang ingat ko mental wahai pompuan heee. But seriously. Ngan semut pun jadi je aku bercakap. Camne laki aku bley suka aku, aku pun tak tau. Sudahnya dia pun jangkit ngan penyakit aku yang 1 ni. Dia pun mula bercakap ngan binatang sejak kawin. Pastu tak cukup dia, menurun plak ke anak aku, kesian. Dahle panggil kumbang, kuman. Aku ingat apa la terjerit-jerit 'Mamaaaa tolongggg tolong Fal mamaaaaa, ada kuman kacau Fallll', bley? Aku ni dari dapur berlari nak selamatkan dia. Kata mak kepada Power Rangers. Sekali bila dah dekat, dengar kuman, aku stop kejap fikir 'eh betul ke apa yang aku dengar ni? Kuman? Hebat anak aku leh nampak kuman' rupanyaaaa kumbang kecikkk je. Menurut perangai sapela ko ni nak, suma benda ko sibuk ajak borak, bila benda datang dekat, ko lari.

Ni apa aku nak citer sebenarnya?

Oh pets.

Ok, pastu kat umah parents aku pulak. Ada sekor kucing datang ntah dari mana. Kucing kampung. Kaler macam si Kecik and Gamo tapi bulu pendek la. Adik bongsu aku suka sangat pedajal kucing ni tapi kucing ni diammmm je. Nama dia Tom. Makwe dia kucing jiran depan umah nama Jerry heee. Kucing ni segarang2 mana pun kalau dengan tuan dia, ko buat la apa pun, dia diammmm je. Adik aku dulu kecik lagi. Dia pi tunggang kucing ni, dia tarik ekor, dia gunting misai,gunting kening. Bab menjinjit dah toksah cakap. Asal sedap tangan dia dapat pegang, kepala ke tengkuk ke badan ke ekor ke dia main angkat. Tapi tetapppp lah si Tom ni layankan. Kena kat orang lain memang awal2 dia bagi stripe adidas kat muka.

Ada 1 hari ni, bapak aku dah terlambat nak pi surau time maghrib. Masa tu hujan. So dia pun main reverse tak pandang2 skali tersebat si Tom. Bapak aku tak perasan terus gi surau. Aku terdengar dah tak sedap hati. Abang aku pun dengar. Tapi bila cari2 takde. 1 thing about cat, kalau dia tau dia nak mati, dia takkan mati depan tuan dia. Abang aku ngan aku tak puas hati so kami cari. Sekali ternampak dia dok mengesot2 dari laman depan, lalu pintu belakang nak ke bilik air. Menangis abang aku yang memang gangster tu. Aku ko takyah tanya lah. Time taip ni pun aku menangis. Even setiap kali aku teringat kan Tom, ia tak pernah gagal untuk buat aku menangis. Tom cari air. Kami bagi air. Pastu dia seboleh2 nak pergi. Dia tau nyawa dia tak lama dah kot. Aku ngan abang aku masa tu cuma fikir apa nak jawab ngan adik aku ni sok. Kebetulan dia tido cepat. Just like Naufal last nite. Kami bersihkan Tom, kami selimutkan dia, kami letak dalam kotak supaya dia tak lari. Kami hadap dia sampai dia mati. Lepastu dlam hujan kami tanam belakang rumah. Takut adik sedih kalau dia nampak Tom kesayangan dia dah tak bernyawa lagi. Esoknya, bila dia cari & panggil Tom dia, kami nangis lagi. OMG sedihnyaaaa.

Lepas tu, masa aku tengah buat Masters, aku mintak sekor kucing siam yang dah mixed. Bulu kembang tapi mata biru. Gemok kucing tu. Adik aku bagi nama Popojack. Makanan dia memang suma aku yang belikan. Barang2 dia suma aku cari. Sebab aku busy study so aku soh adik aku jaga. Tp adik bongsu aku ni memang suka main dengan kucing. Jadinya kucing aku dah macam kucing dia. Tp bila sesekali aku balik memang Pojek ni la peneman aku. Masa aku tengah berdepan dengan dugaan yang maha hebat dalam hidup aku, dia lah pendamping aku. Dia selalu duduk dgn aku bawah pokok ciku depan rumah, dengar masalah aku. Tapi....dia pun pergi jua. Cuma tak tau mati atau hidup. Jiran depan umah mak aku kata kat adik aku, dia dah tanam kucing tu. Nasib baik orang tu agak mental. Kalau tak mau aku tanam dia balik.

Gamo ni memang kucing kesayangan aku. Naufal suka Gucci. Dulu masa amik Rocky & Kecik, aku sayang Kecik tapi Kecik jugak lah yang dirembat orang and now, Gamo is gone.

Sebenarnya kucing2 ni suma nak di letgo. Memang sayang tapi unfair utk anak aku sebab dia ada semput. Dia nak main tapi tak boleh, jadi aku fikir baik diorang semua takde. Memula aku ingat nak simpan Gamo sebab aku memang sayang dia. Gila tak sayang? Aku yang bidankan mak dia beranak sampai aku tak lalu makan seminggu. Pastu mak dia yg ngok ngek tu pi bawak ke stor dah anak dia jatuh ntah kat mana. Laki aku ckp anak dia 1, aku yg beriyer cakap mmg ada lg 1. Gamo tu lah yg jatuh kat celah kotak2 kat stor sampai kene kembur balik semua kotak kat stor tu. Pastu melayan si Rocky yg meroyan pas dia beranak keje nak pindahkan anak dia kesana kemari. Aku ni la yg sibuk2 semua tu. Tapi unfair for Naufal sebab dia sayang Gucci. So aku cakap utk berlaku adil, biar sekor pun tak tinggal.

Tapi, dia nak habiskan hayat dia dengan kami. Dia taknak bertuankan orang baru.

Masih teringat hari Ahad baru ni. Dia dok bermanja dengan aku. Gamo was exactly like Kecik. Maybe sebab jantan kot so sangat aktif and both of them adalah sangat manja dengan aku. Ahad haritu masa aku tengah baring tengok tv kat sofa, dia datang tidur kat celah ketiak aku. Sedihnya kalau aku ingat balik semua kenangan aku dengan dia. Cepat sangat ko pergi Gamo. Pendek sangat nyawa ko.

Ni Naufal tak tau lagi. Aku tannak spoil kan mood dia pagi tadi. Dia tak perasan. Aku tak tau nak jawab apa.

Ahh cukuplah, i am in deep mourning and I can't stop crying. Mungkin orang akan ingat aku mental. Aku tak kisah. Aku sayang diorang. Aku bahasakan diri aku Mama and Mr. Slurpee Papa ngan diorang. Dia dah macam anak kami. Sebab tu hiba aku masih tak mampu aku hakis.

Rest in peace Gamo. We love you so much!



A tribute to Gamo








8 remarks:

Mrs Noba said...

ni lah kadang aku seriau nak bela binatang peliharaan (cat to be exact)...
sbb kalo dia hilang/mati - aku yg emo. :(

CY said...

mata aku bergenang dh ni. i feel you.

Ealyie said...

Dem you owner charade puakerrr!!

Beb,
aku yg xberapa kenan ngan kucen pon sedih.. Sabor ek beb.. :(

Along said...

Bangang punya jiran!!

So sorry to hear about your cat. Benda yang kita sayang, tak kisah la manusia ke, binatang ke...mesti sedih bila dah takde. Hope you find peace soon.

MS said...

*hugs*

sabar babe...aku pun sayang kucing. i feel you...

Anonymous said...

*tsk..tsk..tsk*
dulu aku pencinta kucing..tahap hardcore!
lepas ada anak...aku dah tak pandang kucing lagik..sebab aku takut aku jadik hardcore semula..
apa2 pon...giler rasa nak hentak pala jiran bangang ko tu nyah...
sabar...doa orang teraniaya mmg mujarab beb..apa lagik..ko doa sedas bg dia laaaa.. huhuhuhu

IntanSham said...

sedih babe.. even aku mmg tak pernah bela kucing, tp kalo aku nmpk kucing tergolek tgh jln mmg aku sedih sangat. itu kucing yg aku x tau ada ke x tuannya. how come jiran ko blh tega blah mcm tu jer... mmg takde perasaan.. byk2 sabo k..

Zaila Mohamad said...

aku pon suka kucing..masa bujang dulu banyak ekor jugaklah yg aku bela, ada nama bobo, tom, efi, maik..tp seb baiklah diorang semua mati bukn depn mata aku so xderlah rasa sedih sgt2..

sampailah sekrg bila pindah rumah br ada sekor kucing dtg menagih kasih pd kami..memang kalo ikotkan malas nk layan tp sebagai manusia aku xsanggup tgk dia terbiar mcm tu aje..lani dah bertambah 2 ekor lg dahpon..aku xsuka tp aku xde daya nk sisihkan mereka..

sabarlah..ko imagine je diorang menunggu di pintu syurga..jgn serik untuk berbakti pd binatang..sesungguhnya setiap yg bernyawa akan mati juga & aku pernah merasa kehilangan yg begitu besar sekali, bukan binatang tp my very own best friend..sampai sekrg masih teringatkn arwah..kalaulah dia masih hidup, dah pasti dia boleh tgk ank aku yg ke 3 ni..tp itulah..kita kn terima qada n qadar yg telah ditetapkn oleh Allah..setiapkali aku teringatkn arwah, hanya mampu sedekahkn al fatihah buat arwah..moga mereka tenang di sana..

sabarlah ya..