Isu mulut lagi

Monday, April 4, 2011

Orang mulut jahat macam ni aku ni memang cepat je perasan pape isu berkaitan mulut gaknye ek? haha.

Terdengar "Hantar anak kat TASKI tapi mak nye kemain seksi", details tak payah la aku bagi tau.

Ok, ulasan aku....macam bagus je ko nak ulas orang kan? Aku mengaku aku jahat ok, tapi sila bagi can orang jahat ulas orang (yang boleh tahan) jahat yang lain haha.

Pada aku (pada ko tu ko punya pasal), biarlah mak dia nak seksi. Aku akui, memang tidak sesuai pakaian dia masa tu. Hantar anak ke Islamic Kindy tapi berpakaian menjolok mata. Hantar ke sekolah apapun tak sesuai la seksi-seksi maut ni kan?. Aku tak kata apa yang dia buat tu betul. Tapi di mana relatifnya pakaian dia dengan dia hantar anak dia ke Taski?

Aku dulu seksi jugak *tetiba* (skang pun seksi gak tapi agak menggerunkan la seksi skang sebab cutting dugong ni ha). Tapi orang jahat (kalau lah pada 'mereka' seksi tu jahat) takkan nak benda jahat berlaku, no? Maksud aku, ko bunuh orang tapi ko takkan suka kalau orang yang ko kenal kena bunuh, kan? (contoh pompuan ni madang bunuh). Ko buat jahat tapi ko mesti taknak orang buat jahat kat ko. Pada aku, sekurang-kurangnya dia nak anak dia jadi baik dengan hantar ke Islamic Kindy. Kita buang tepi alasan -ve such as "anta situ sebab last choice, kindy lain suma penuh".

Lumrah manusia, judgemental. Sukati ko nak being judgemental tapi tak perlu share dengan orang lain. Maksud aku, ko bermonolog sudah sebab ko kata orang, apa yang ko kata tu, baik ke? Pahala keeee?

Sekian.



p/s: Tak paham sudah :P.

12 remarks:

Anonymous said...

pergh...gila sentap haku baca beb..bole bagi link? :p
ngeee..nak skodeng jek....skit jek..skit jek...buleh?
*macam terkena tempias pedas plaks haku nih....huhuhuhu

i.s.z.a.n said...

Mazam za:
bebeh, ni kisah benar, bukan kisah kat blog haha. Kisah berlaku depan mana aku :P camne aku nak share link? ce citer? aku bagi alamat lokasi kejadian mau? :P

Anonymous said...

kahkahkahkah....adoii yaaaai.....hokeh hokeh...roger and out :p

Jelita78 said...

chup..
saper yg objek seksi itu?
ngkau kah?

cisss.. ini lagggiii laa buat aku nak menuntut nih..
hari tu chop anak dara..
kali ni, chop sexy mama lak..
jelessssss jelessss!!

i.s.z.a.n said...

jelita:
xla, klau aku yg sexy pastu aku terdengar org ngata aku, lain jdnya blog entry ni sbb KOMPOM aku confront org tu depan2 kahkahkahhhh

KS said...

#muhasabah hehe

isabelle said...

si mak tu tau bila mati, antara bekalan yg dibawak ialah doa anak. so, dia hntr le ke taski.
yg mengata tu, hntr anak ke mana?montessori?

MrsNoba said...

sama gak cam ks #MUHASABAH (amik ko,caps lock lagi)

i.s.z.a.n said...

KS:
haha, marilah sama2 kita yer :P

isabelle:
haha, emo nampak? :P itulah, org slalu cakap ikut apa yg dia nampak, xnak fikir panjang.

MN:
tamo bold? :P

knv said...

apa pakai seksi2 nih? :P

Ibu Aimy said...

iszan seksi?? aaauuuuwwwwww hehehehhe pheeewwiiit

i.s.z.a.n said...

mas:
haha tak eh?