There was an error in this gadget

Kenapa?

Monday, May 23, 2011

Kenapa bila ada masalah baru kau cari aku? Kenapa bila kau bersedih baru kau teringat yang aku ada untuk mendengar?
Kenapa bila kau bersedih, berduka lara, bergundah gulana baru kau teringat yang kau ada no tepon aku?

Mana kau masa aku yang susah?
Mana kau masa aku perlu telinga untuk mendengar semua bebanan jiwa aku?
Mana kau waktu aku perlukan tangan untuk meringankan beban yang aku tanggung?

Bila kau senang, mana kau campak aku?
Masa kau ketawa, pernah kau fikir untuk ajak aku ketawa sama?
Masa kau bahagia, tak teringatkah kau untuk kongsi kegembiraan kau dengan aku?

Siapa aku dalam hidup kau?

0 remarks: