Kisah dari hospital (Part 1)

Friday, June 24, 2011

Tajuk tak bley blah. Siap part 1 bagai. Ntah2 ni je la pun entry pasal kisah dr spital haha. Biasale aku, angan2 tinggi melangit. Ye lah lagipun sejak bergelar SAHM ni, apa lagi aku boleh cerita selain kisah anak aku? Lagila anak aku ni jenis tetiap bulan kene berumahtangga kat spital kan? Maka banyak lah cerita dapat dari sana. Panjang dah ni. Cukup kot nak dijadikan 1 entry haha. Baru mukadimah je padahal.

Apa yang aku nak cerita tiada dlm sebarang susunan. Sukati aku la nak citer mana dulu as usual heee.

Untuk part 1, aku nak cerita pasal kekejaman seekor lelaki. Kisah benar.

Akak ni aku jumpa dalam salah 1 sesi camping kat spital. Dia duduk katil sebelah. Anak dia sangat comel. Seorang bayi lelaki berumur 9 bulan.

Agak suspicious memula sebab bila aku tanya kat maknya baby tu anak ke berapa, dia jawan ke-2 tp bila di tanya pada bapaknya, dia jawab sulung. Tak kisahlah.

Agak lama akak ni duduk spital tapi masih belum boleh lawan Naufal & aku sebab kami penghulu kat situ haha. Katil2 lain suma dah bertukar orang 2 3 kali, kami tetapppppp di situ. Sampaikan dek keboringan, aku tolong misi2 amik temp, tolong cleaner kemas, tukang bukak tv dan macam2 lagi hee.

Masa Naufal admitted lagi baru2 ni, I met her again. Kalau dulu anak dia kene pneumonia, kali ni sebab diarrhea. Dia sangat happy nampak aku. Well aku pun sama. Sebab ye lah, kat spital kan? Klau jumpa orang kenal, xdela bosan kedaung sangat.

Dia masuk sehari sebelum Naufal boleh discharge. Aku jumpa dia masa aku dah nak balik. Masa tu laki aku nak cepat sebab dia kena masuk kerja balik.

Benda pertama cakap 'nampak bapak Aliff (nama baby tu) malam tadi, tu yg iszan cari kot akak ada sini, baru ingat nak call tadi'. Dia jawab 'eh apa no iszan? Akak da hilang no iszan'. Tp aku cakap aku ada lg no dia, rupanya no dia dah takde. Laki dia hempas tepon hancur berkecai. Punca? Laki dia ada perempuan lain. Oh shitte!

Kenapa dia yg ada betina lain tp hp akak tu yang dia hempas? Siap tak bagi pakai no lama.

Aku terkejut sebab laki dia memang nampak loving gila. Romantik gila.

Akak tu cakap tu suma lakonan depan orang, depan orang memang berlakon baik.

Dia cerita lagi, patutnya Aliff di bawa ke hospital sehari sebelum tu tapi laki dia tak bagi. Bila akak tu insist nak pegi, laki dia amik parang pastu carik2 baju & seluar yg dia pakai? Aku tak boleh imejin. Tahap kekejaman apekah ini? Akak tu cerita lagi, dia kene pukul bantai, ada sekali dengan kayu sampai kepala dia koyak. Akak tu dah report polis. Kata dia, dia dah tak tahan dengan laki dia ni tapi laki dia adalah saiko. Dahle dia dah benti kerja.

Aku takut dengar cerita dia. Aku nak sms pun takut. Dia cerita nangis2.

Baby tu pulak memang dah kurus kering. Aku dah tak kenal dia. Dari sorang budak yg sangat aktif & comel jadi seorang yang sangat kurus & pasif. Sangat kesian.

Aku tak berani nak campur hal rumahtangga orang. Dalam dia menangis menceritakan kisah dia, anak aku pun datang ke bilik tu panggil aku sebab laki aku kejar masa. Dia ada meeting.

Cerita dia agak tergantung. Aku akan cuba tanya khabar dia bila berpeluang. Aku doakan dia dijauhkan dari perkara buruk.

Aku tak tau apa motif cerita aku tapi rupanya kisah begini berlaku di dunia nyata. Dia bukan orang pertama. Orang terdekat dengan aku pun ada yang di dera suami sendiri dan sebabnya juga sama. Orang ketiga.

Being a women, cubalah jauhi selagi termampu dari menjadi orang ketiga kerana ko bukan melukakan hanya 1 hati. Kalau hari ni ko boleh merampas hak orang lain, adakah ko yakin hak ko takkan di rampas satu hari nanti?

Being a husband, bukankan anak & isteri adalah amanah Allah? Kalau ko sia2kan mereka bukankah sama macam ko tak menyukuri pemberianNya? Berbaloi ke kerana orang ke3 yang tak tentu lagi sanggup bersusah dgn ko yang ko turutkan sampai sanggup menjadikan keluarga sendiri mangsa?

Masa ada lah ko patut bersyukur bai, dah takde karang ko menangis air mata darah pun tak guna.

3 remarks:

cysev3n said...

kalau orang ingat syurga neraka, those things wont happen. ingatan utk aku jugak. terima kasih kerna berkongsi.

mak encik | SZ said...

sgtttt hampes la laki tu...
haissyyy...
klu dlm dunia nyata ni mmg macam2 kisah yg igtkan berlaku dlm drama tv je ada...lg dasattt...

NadiahKhair said...

Pada aku, kalau orang ingat balasan Allah sama ada baik atau buruk, orang2 tak akan berani buat macam tu especially pada anak bini sendiri.

Aku doakan moga akak tuh ngn anak2 die tak ape2 dan dia jumpa jalan keluar. Amin.