Kisah dari hospital (Part 2)

Monday, June 27, 2011

Kisah seram semasa di hospital

Tengok tajuk suma la pakat2 takmo baca eh? Haha.

Lama dah aku nak citer tapi....(isilah pape alasan yg mengkeme suka).

Ada beberapa kisah jugak bab seram sejuk ni aku alami masa berumah tangga kat spital. Ye lah, sesi aku camping kat spital pun bukan sekali dua, bila dah camping tu pulak bukan sehari dua haha so macam-macam lah cerita ada kan?

Arini aku nak citer salah 1 je dari banyak2 benda yg jadi. Takleh citer bebanyak nanti takde modal nak blog lenkali. Maklumle skang ni nak soh up 1 entry seminggu pun bercinta. Blame it on Twitter and Facebook!

Intro je dah berjela, bila nyer nak start citer?

Ok, benda ni jadi masa Naufal admitted yg 2 bulan lepas punya. Naufal dapat katil no-1 masa tu means sebelah dinding. Masa tu aku kamcing ngan 2 orang mak2 budak sakit kat situ sebab kepala leh tahan biol macam aku jugak. Kak Peah & Kak Yati. Kak Peah ni katil sebelah Naufal, Kak Yati plak bertentang.

Masa hari kejadian, kami ber-3 ngan anak masing2 pergi ke library petang tu. Aku layan Naufal sibuk nak mewarna & main blocks, Kak Peah & Kak Yati anak diorang baby 7 bulan & 9 bulan so diorang layan main soft toys. Aku tak ingat pape yang pelik berlaku masa dalam library tu.

Malam tu macam semua ngantuk nak tido awal. Ntah apa tebiat semua tarik curtains takmo silau cahaya lampu lah konon. Dan malam tu tetiba sejukkkk je. Tak pernah sepanjang aku kat situ nak rasa sejuk walaupun hujan. Selalu memang panasssss. Takhal siang tu memang terik. Ntah kenapa.

Semua tido.

Pukul 12 malam tetiba anak Kak Peah melalak macam hape. Anak dia jenis tak nangis. Baik sangat. Senang nak jaga. Kene cucuk pun ketawa, bley? Jangan Naufal, asal misi datang je terussss dia kecut perut. Masa dia melalak macam hape aku dah terlintas 'kalau aku toleh, mesti aku nampak ni'. Cara dia nangis aku dah bley rasa ada something sebab bebulu aku suma tegak berdiri.

Bila dipujuk2 tak jalan tetiba datang 1 misi, terus amik budak ni, bawak kr depan & baca2 kan. Tak lama dia diam. Pastu misi tu anta balik ke babycot dgn dia bagi sebuku Yassin.

Esoknya pagi2 si kak yati cakap panas. Pastu dia pun cakap 'suis yang mana 1 ni peah?, merujuk ke kak peah. Bila kak peah jawab 'ntah, cubalah tengok ada tulis tak situ?' tetiba kak yati campak 'ehh ko ni, kan ko tau malam tadi? Kan aku tanya ko malam tadi?'

Kak peah pulak cakap 'manader aku bercakap ngan ko malam tadi?'. Terus kami bertiga berpandangan sesama sendiri.

Kak yati tak puas hati. 'Ehh, kol 1 malam tadi aku jalan jengket2 sebab takut korang terjaga, ko yang tegur aku tanya nak pergi mana kan? Aku yeye jawab sejukla, nak kecikkan kipas, mana 1 suisnya, kan ko jawab? Aku nampak ko duduk kat kerusi tu', sambil tunjuk kerusi sebelah babycot anak Kak Peah.

Aku pulak terusss sampuk, 'iszan suruh Kak Peah tidur atas semalam. Iszan nampak dia tido atas!'.

Dahtu yang aku nampak tu sapeeeeee?', tanya kak Yati.

Mungkin itulah yang baby tu nampak kot?

Dah aku takmo sambung cakap2 misi tu. Nyosal pulak taip entry gini memalam, sudahnya aku seram sendiri uwaaaaaaa.

6 remarks:

CY said...

aaaaaa. cite tergantunggg

OneWan said...

eh, misi tu ckp apa? tu mmg btol2 misi ke, 'misi'? citer la lagi.. citer la.. part 3, plis?! :)

Unknown said...

haa cepat sambung citer...

KS said...

oitt.. sib baik aku baca siang2 buta.. esok aku nak sahur camnooo??

sisdee said...

ko ni aku baru nk feeling seram nie *smbil pegang slimut* huhuhu

aidie said...

misi tu misi ke ....? seram wei