There was an error in this gadget

Kisah dari hospital (Part 3)

Tuesday, June 28, 2011

Sambungan dari Part 2.

Misi tu misi la weh. Korang ingat apa? Momok?

Takdela, sok pepagi tu misi tu datang, dia tanya kitorang 'semalam ada pergi library eh?'. Memang ada la kan? Bila kitoyang ye kan dia pun jawab 'patut lah..'.

Misi tu cakap library tu memang 'keras'. Dah banyak kali pihak hospital buat sembahyang hajat dan beberapa usaha lain untuk menghalau 'penduduk' library tu tapi sampai sekarang masih belum berkesan. Agak lama jugak library tu tutup, bebaru ni je dia bukak. Bebaru tak baru pun, asal aku kene berumah tangga kat hospital, library adalah tempat kunjungan wajib lepas doctor round around pukul 10am.

Misi tu cakap diorang selalu nampak ada 'collegue' diorang dalam tu, tengah buat kerja tapi yang pastinya 'collegue' tu dah balik rumah, dah habis syif.

Beberapa siri gangguan terhadap budak kecil pun ada berlaku.

Antaranya anak aku sendiri.

Masa Naufal nampak, aku dah tak boleh recall bulan berapa tapi katil ke-2. Kami dah merasa mostly semua katil kat ward tu haha and yang paling latest aritu, kat bilik lain dah. Nak kasi rasa semua katil keee? Haha.

Ok sambung, anak aku ni walaupun semua misi situ dah kenal dia, dia tetap dia, memang tak friendly dan takkan bercakap dengan orang lain kecuali aku.

So masa tu, malam ke 2 atau ke 3 kami kat hospital, katil pertama baru je dikosongkan petang tu. Sebelum tu ada sorang budak laki duduk tak silap aku tapi anak aku memang tak pernah bercakap dengan dia.

Tetiba malam tu, waktu dah nak tidur, dalam pukul 10pm. Si Naufal paling ke katil sebelah tu dan bercakap sambil ketawa2. Ahhh sudahhh.

Aku terus sms laki aku 'bang, anak abang ni bercakap dgn siapa kat katil kosong sebelah ni?'

Laki aku reply 'try lah tanya'.

Aku jawab, 'tanya? Tak payahhhh, adakang sy lari dari hospital ni kang'.

Yer, aku memilih utk tidak bertanya. Untuk bercakap dgn Naufal pun aku cuba elakkan sebab aku tau anak aku ni memang semua benda nak cerita kat aku.

Malam tu tidurlah aku dengan seriaunya haha.

Sok pepagi, masa nak mandikan dia, dia bukak cerita. Aku cuba tukar topik, distract dia tapi tetapppp dia cerita.

'Mama, malam tadi kan.. Fal main dengan kawal Falll, mama tau tak siapa?'

'Errr takpelah, Fal citer kat Papa je lah nanti'.

'Upin Ipin mama! Dia ajak Fal mainnn'.

Gulp *telan ailio*.

Anak aku memang! Aku dah cakap takmo dengar. Aku tak tau lah apa yang dia main dengan Upin Ipin tu siap ketawa yeye bagai. Nasib baik hari tu aku mintak discharge dr doktor (spt biasa haha) and dia bagi. Tak sanggup rasanya aku nak biarkan anak aku main dengan Upin Ipin ghaib dari babycot sebelah.

Ok, sampi sini dulu untuk kali ni. Tak berapa seram, ampun. Heeeee.

Toodles!

P/s: I am currently blogging thru hp (korok) via email maka kalau ada komen, belum dapat nak membalas. Sorry yer! Akan aku usahakan nanti. Aku kalau pegang ipad, tak pernah teringat pulak nak memblog hahahahhaamponnnn.

5 remarks:

Lin Ghazale said...

upin ipin?! ishk...tegak bulu rome

sisdee said...

upin ipin datang mlawat ke??? aishhhhh...aku perlu jaga bapak aku malam ni oiii .. uwaaaaaaaaaaaa....

Along said...

Upin Ipin...apakah?!!

Uwaaa...sib baik dia tak cakap..tapi kan Ma, Upin Ipin tu green color.

Uwaaaaa!!!

Eridanus said...

iszan, nak tanyala.. errr.. mmm..

adakah ko boleh dianugerahkan kebolehan nampak you-know-what?

just wondering. sbb hosmet aku dulu (orang kota tinggi) dia mmg boleh nampak. dapat dari ayah dia. siap improt ayah dia kalau dia tak boleh handle case berat2 kat rumah sewa kitorang.

Eridanus said...

erghh banyaknye typo!
1) sila gugurkan boleh dalam ayat soalan

2) improt is import :P