There was an error in this gadget

My bad...?

Monday, June 20, 2011

Salam.

Lama giler tak membelog. Busy jaga klinik, jaga zoo, jaga kampung smurf, berkicau sampai susah nak cari masa nak blog haha.

Dah terlanjur on laptop ni, aku nak luahkan le sket perasaan yang lama terbuku ni. Ye lah, blog ni pun memang tujuan dia untuk melampiaskan nafsu amarah aku kan? ngeeeee

Nak citer pasal jenjiran. Tak pasti aku dah citer ke belum. Macam selalu je luahkan perasaan pasal jiran ni haha. As usual, klau sudi baca, xsudi wat dek sudah :P.

Lama dah aku menyewa kat sini. Belum ada rezeki nak berumah sendiri. Dari lepas kahwin. Masuk 6 tahun. Ramai jugak yang tanya, taknak beli ke umah ni dari owner dia. Jawapan aku tetap sama, taknak. Sebab? Jiran. Walaupun kalau pindah dari sini pun aku tak tentu dapat jiran yang baik tapi jiran2 kat sini memang aku tawar hati.

Punca utama:
Sebab aku amik anak aku dari jagaan salah sorang jiran kat sini. Kebetulan dialah penghulu merangkap radio karat cum peraih undi kat sini, so aku memang selamattttttttt la sebab (konon) cari pasal dengan dia. Tapi sumpah aku tak kisah.

Banyak la aku dengar dia cakap pasal aku. Padahal aku ni dari dulu pun cuma senyum je, pastu orang tanya aku jawab, tak tanya aku diam tapi tetappppppppp lah SALAH di mata diorang. Aku tak kisah sebab masa dia baik dengan aku dulu pun, dia mengata semua orang termasuk menantu sendiri. Pada aku, klau orang boleh mengata orang lain dengan aku, dia pun boleh mengata aku kat orang lain pulak. Memang betul rupanya.

Bebaru ni, dia menjemput aku pergi ke majlis yasin salah seorang jiran kat area ni. Tapi tak datang jemput sendiri. Menyampai je. Padahal aku ada kat luar masa tu. Jenis aku, klau ko bersungguh nak jemput, ko jemput la sendiri. Ni bukan kali pertama. Dua tiga kali dah. Aku yang kat luar taknak dia cakap, jiran sebelah yang tutup pintu sibuk bagi salam berkali-kali pastu soh cakap dengan aku sekali. Wadehel?

And few days back, masa aku hantar laki aku nak pi kerja. Hantar kat kereta je lah. 2 orang jiran aku lalu. Baru balik dari kedai kot sebab tangan penuh plastik. Aku senyum lah seperti biasa. Sekali dia paling muka dan mendengus. Sumpah aku tak paham. Bila aku fikir-fikir, maybe dia nampak laki aku cium aku masa aku salam. Tapi itukan laki aku? Aku tak perasan diorang. Masa aku salam tu maybe aku membelakangkan diorang. Kat rumah aku lagipun. Aku tak paham apa sebenarnya masalah diorang.

Pada aku senang je, kalau ko dah tak suka orang tu, benda yang takde pape pun boleh jadi benda yang annoying pada ko.

Kan?

6 remarks:

Joy said...

yup..org ni bermacam ragam..

Sayang.Ibu said...

btol nyahhh... kadang aku bersyukur jugak jiran2 aku mostly bukan org kita..

sisdee said...

betul..jiran membawa (karat) err berkat :p kikiki

KS said...

dia jeles la tu tgk ko cium laki ko. laki dia tak hingin kot dia cium haha :P

chill babe. ko mmg sabar gak ek? kalau aku maybe dah pi tanya depan2 apa masalah dia sebenarnya hehe

mazz said...

relaxxxxx...abaikan mereka, Bukan diorang pun yang tolong u bayar sewa yang nak menyebok bagai. Jiran jemiran (wah sesuka bagi kata ganda berirama)mostly chinese and malay pun yang tak amek tau hal orang, alhamdulillah syukur disitu, tapi serious babe, tak de mati pun kitani dek kejian and umpatan diorang tu.

Along said...

Kalau aku, lagiiiii aku tunjuk lovey dovey ngan hubby depan dia. Belai sana...belai sini..cuit sana..cuit sini. Paling best, hang basuh kete sesama lepas tu buat aksi kejar mengejar ngan hos...sambil gelak ketawa mengilai. Hahahaha...mesti berbulu je dia tengok!