There was an error in this gadget

Wordfull Wednesday (19/2011)

Wednesday, June 29, 2011

Crying my heart out while reading this. From Mastika (Julai 2011), artikel bertajuk 'Abang tunggu Mak di syurga ya!!', mukasurat 40. Mastika memang fav magz laki aku. Dia memang tak pernah miss any issue dari sejak zaman dia sekolah lagi. Aku tukang baca jer.

Pada yang tak baca, aku nak share lah serba sedikit kandungan cerita yang ni. Bukan nak jadi spoiler, kalau rasa nak baca sendiri, u better stop at here and pergi baca sendiri.

Sumpah sedih. Aku bukan setakat menitikkan air mata, aku sampai kene tahan dari anak aku dengar yang aku memang tengah menangis.

Cerita mengenai ketabahan seorang emak yang mempunyai seorang anak yang sakit. Sakit yang amat kritikal. Pelbagai komplikasi jantung. Mula menjalani pembedahan seawal usia 2 bulan. Walaupun di jangkakan umur nya tak panjang tapi akhirnya dia survived 4 years plus.

Mak ni menceritakan setiap detik perjalanan dia membesarkan anak bongsu dia yang di panggil 'abang' dalam sebuah diary. Memang adakalanya meluahkan pada benda yang tak boleh memberi respons adalah lebih membantu. Sekadar melepaskan beban di jiwa.

Cerita ni lebih kepada mak ni menjawab, kenapa dia tidak menitiskan barang setitik air mata semasa menguruskan jenazah anak dia. Ramai yang bertanya. Dia pun tercari2 puncanya.

Mak ni menguruskan jenazah anaknya sendiri. Bersama suaminya. Si suami asik menyeka airmata tapi mak ni langsung tak menangis. Tabahnya dia. Aku yang membaca je pun menangis, dia yang memotong baju terakhir yang di pakai oleh arwah untuk di simpan sebagai kenangan tanpa membasuhnya, memandi, mengkafankan anak sendiri, menghantar ke kubur dan menghulur jenazah untuk di kebumikan langsung tak mengeluarkan air mata.

Dia sendiri mencari jawapannya kenapa sebab kebanyakan yang melawat pun bertanya.

Dia teringat diary catatan dia.

Dia ceritakan balik macamana dia menanggung semuanya. Airmatanya dah habis barangkali. Dah banyak sangat menangis.

Bila anak dia menyambut hari lahir ke-4, dia tanya sang anak, kek apa yang di ingini. Dalam hati sang emak sudah terdetik 'mungkin ini hari lahir terakhir sang anak'. Si anak minta di belikan kek lori sampah kerana dia memang suka lori sampah. Setiap hari menunggu lori sampah lalu depan rumah. Mak ni cuba melaksanakan permintaan anak tapi malangnya takde siapa yang sudi nak buatkan.

Bila anaknya semakin kritikal, sang emak dah tak sanggup lagi nak tengok anaknya di bedah. Semua organ dalaman sang anak dah rosak. It's about time. Sang emak mintak anaknya di bawa pulang. Dan setiap hari emak ni akan tanya apa keinginan anak, apa yang dia nak makan.

Macam- macam permintaan pelik anak. Nak naik trak bomba. Gigih mak ni bawak anak pergi balai bomba. Bila pegawai bomba enggan membenarkan, sang emak selak baju anak dia, dia tunjukkan perut membusung sang anak, mintak simpati pada pegawai bomba. Terus dibukakkan pintu, dia beri anak itu naik. 15 minit yang sangat bermakna utk anak kecil itu. Lepas tu anak ni nak naik jengkaut. Sang emak bagitau jiran yang kebetulan pemandu jengkaut. Gigih jiran tu bawak balik jengkaut petang tu jugak. Lepas tu sang anak nak merasa naik lori sampah. Mak ni gigih mennunggu lori sampah lalu pagi tu. Di tahannya bila lori sampah datang dan bila disampaikan hasrat yang anaknya nak merasa naik lori sampah, mereka ketawa. Mak ni sekali lagi menyelak baju anak kecil ni. Bila nampak mereka terus naikkan anak ni ke atas lori sampah. Beberapa pekerja berpaling, tidak sanggup nak melihat agaknya. Dah banyak lagilah permintaan lain anak, semua ditunaikan.

Bab makan pun gitu. Hari-hari mak ni tanya anak dia nak makan apa. Tak kira pukul berapa pun permintaan si anak, walau setakat di jamahnya saja, semua permintaan di tunaikan.

Bila anaknya makin kritikal, nafas semakin sesak, di ajak anaknya untuk di hantar ke IJN. Di panggil semua kakaknya termasuk yang tinggal di asrama. Mak ni nak semua mengiringi saat akhir anak kecil ni.

Semasa di IJN, sang emak menceritakan kisah kek lori sampah pada Doc yang merawat sang anak. Doc ni tulis kat blog dia. Ramai yang sudi. Ramai yang buatkan. Tercapai hasrat anak kecik tu. Masih ramai rakyat kita yang prihatin.

Salah satu malam di IJN, tekanan darah anak ni tetiba meningkat naik. Menunjukkan perubahan positif. Mak ni tau, anak dia cuma nak meredekan resah jiwa sang emak. Mak ni jumpa anaknya. Dia kata 'mak tau abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat begitu. Mak tahu abang nak pergi'. Mak ni menangis macam anak kecil. Dia kata 'Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika'. Sang anak hanya memandang sayu wajah emak. Dan saat itulah sang emak berjanji, takkan titiskan walau setitik pun airmata walaupun bila sang anak telah tiada nanti.

9 April 2011, bila sang emak tengok anak kecilnya tak mampu bernafas sendiri, muka telah membiru, di suruh ayahnya bawak anak2 lain ke hospital. Di suruh sang kakak bacakan yassin. Bila di lihat anak semakin lemah, di ajak anak turun ke kantin, utk tengok matahari buat kali terakhir bersama-sama seluruh ahli keluarga sambil minum air coklat permintaan anak. Seteguk air di minum, sang emak menunjukkan matahari, anaknya melihat matahari di celah gerimis dan tetiba anak bercakap 'abang ngantuk'. Mak bergegas bawak anaknya balik ke bilik.

Sampai di bilik, anak merintih dan memanggil mak nya sambil mengadu sakit perut. Mak tahu semuanya hampir tamat. Lantas emak ni taruk tangannya atas dahi anak kecil itu dan berkata 'Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi'. Saat anak kecil itu nazak, sang emak panggil semua kakaknya untuk beri kucupan terakhir sementara abang masih bernyawa.

Bila kakak2 ini menangis, sang emak marah. Emak ni taknak abang melihat mereka menangis. Mak takut abang susah hati nak tinggalkan mereka. Mak nak abang pergi dengan tenang. Bila misi juga mula menitiskan air mata, mak minta mereka keluar. Mak mintak misi tutup tirai bilik. Mak taknak orang lain tengok. Mak nak abang pergi dengan aman. Mak tak nak susahkan hati abang di saat akhir dia. Menitis jua setitis 2 air mata mak. 'pergilah abang, mak izinkan, pergilah...' dah akhirnya mata layu anak tertutup rapat, genggaman tangannya pada jari sang emak terkulai dan terlepas. Sang emak kucup dahi anak sambil berkata 'tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti mak jugak akan turuti jejak abang. Abang..tunggu mak di sana yer. Di syurga!'

Janji emak ni pada anak dia yang dia takkan menangis memang di tunaikan. Sang emak tak terkilan. Dia dah jalankan tanggungjawab dia sebaik mungkin. Dia dah tunaikan semua permintaan satu satunya anak lelaki dia. Dia tahu anaknya akan menghuni syurga. Tiada apa yang dia sesalkan. Tiada apa yang buat dia terkilan malah dia bersyukur dikurniakan abang walau seketika.

Aku cerita ni mungkin tak sedih. Korang bacalah sendiri. Aku tak tahu macamana mak ni boleh setabah ini walaupun dia dah bagi jawapannya.

Buat Puan Jamilah Bujang dan En. Hamdan Yusof, takziah atas pemergian anak bongsu anda. Buat penulis, Nita, tahniah kerana menulis artikel ni dengan begitu baik.

Apa yang aku alami selama ni, takde sebesar zarah pun boleh di bandingkan dengan apa yang mak ni lalui. Aku amazed dengan tahap perseverance ini. Aku taknak cuba meletak diri aku kat tempat dia. Aku tak sekuat dan setabah dia. Di duga sekecil kuman pun aku dah goyah.

Al-Fatihah buat adik Iqbal Fahreen Hamdan. Semoga tenang dikau di sana, nak.

24 remarks:

CY4.0 said...

oh, oooh.. walaupun org kata mastika dah byk merepek meraban, tapi ada artikel dia yg sangat bermakna utk dibaca.

KS said...

iszan!!! aku sedu sedan dalam opis ni.. :(

tabah btol mereka

KS said...

oh lupa, al fatihah buat arwah

cc said...

tekak perit, sebak :'(

semoga makbul hendaknya doa si emak, dapat jumpa arwah di syurga. alfatihah

NadiahKhair said...

sakit dada aku tahan nangis.

kuat betul emak dia. semoga mereka bertemu di syurga ;(

Alfatihah.

mazzuana said...

alfatihah untuk arwah..

aku menangis dalam hati, air mata kat ujung mata je dah ni, nak nangis member ngan student penuh dalam bilik ni...

sebak betul, teringat arwah anak buah aku.

@nannoor said...

huwaa..nangis aku kat opis ni ha.
al fatihah.. :'(

Eridanus said...

al fatihah.

tak sanggup baca sampai habis.. :(

Along said...

Uwaaaa....aku dah nangis tahap gaban dah ni!! Aku takleh ah, dengar/baca/lihat hal anak2 kecik yang menderita..senang sangat airata aku mengalir. Oh no, tambah dah ngan hingus...bagus la ni...uwaaa...

Alfatihah buat si anak kecik...semoga tenang di samping Allah tercinta.

suhaila said...

hari tu kakak saya tunjuk mastika ni, suruh baca, saya kata tak sanggup nak baca cerita2 mcm ni, akhirnya baca jua ringkasannya kat blog ni...sedih sgt...semoga dia bahagia di sana...

AisYah said...

Baru baca yg you tulis, dah nangis meleleh2..belum lagi baca yg dr buku tu sendiri.

Kita mak2 ni baca kisah2 camni mmg sensitip kan..

Zety Zin said...

beb, aku baca tak sampai separuh jalan. airmata aku menitik2 depan pc ni. adeh. nanti bila aku dah ok aku sambung baca. T_T

Ayu said...

Sedihh. Bertakung air mata. Thnx 4 sharing the story, dh lamaaa tak baca mastika.

ak yuyunz said...

sedih! al fatihah..

mak farhah said...

owh kisah adik iqbal ni..ada dlm facebook harituh doktor tu ipar my fren..mujur lah dpt dipenuhi permintaan..

tabah betul mak dia...

sisdee said...

al-fatihah...

aku pun tak tau bole tak skuat dia :((

nangis nk gile nie :(

madamoiselleczar said...

ko cerita ni pon dah mengalir mcm nak rak air mata haku...kalu aku baca drpd magazine tuh..gamaknyer hancur lunyai muka surat tuh tumpah dek air mata aku gamaknyer...huhuhuhu
sedih siut...
Alfatihah utk adik Iqbal Fahreen Hamdan

Siti Fatimah said...

omg i cried :( sedihnyer... tabah sungguh hati si ibu sampaikan i cant said any things...

Alfatihah buat arwah adik Iqbal Fahreen Hamdan amin...

aidie said...

menitik2 air mata baca kat offc ni haa..AlFatihah

cikayu said...

aritu ada tgk kat kedai mamak jual majalah... confirm aku x beli sbb sure cite sedih. tapi bile baca kat sini, confirm aku sedu sedan baca. tq for sharing.

al fatihah.

Sue said...

sedihnye.. meleleh dah airmata walau di tahan2. semoga arwah tenang di sana... Al-fatihah..

zailamohamad said...

aku cuba tahan ntok tidak menangis tapi xbolehlah weh..sedih aku!!

takleh imagine kalau aku berada di tempat ibu budak tu..arghhh, tak nak imaginelah sebab aku takut aku tidak setabah itu;(

Akma M.Rudy a.k.a MrsSLuRp said...

Erk..mmg sedu sedan nahan sebak dah ler baca kat off nih..sib baik xde org! Tp mmg sayu..

i.s.z.a.n said...

Ladies:
Mekasih sebab sudi baca. Bahagian dia dah lepas, semoga keluarga yg dia tinggalkan tabah & redha.