Murtabak/Pizza Maggi (Mr.Z version)

Thursday, September 25, 2008

This recipe requested by Ms Lola. Kalau u dah cuba, sila tepek gambo murtabak tu kat blog u yer. I nak tengok gak hasil tangan u..heheh


Please don't judge the taste by it's appearance. Haha. Rupa memang out tp rasa xtentu lagi out. (dah puji ni bang, xreti2 nak up duit raya? :P)


Bahan-bahannya :

Minced beef/chicken - sebanyak mana yg ko suka
1 biji bawang putih - chopped
1 biji bawang besar – diced
Kentang – diced -sukati nak taruk ke x
1 (biji ke batang? Errkk..sungguh biru bunyinyer) lada marah/cili api – sokati nak taruk ke x, tiada paksaan
Sedikit sayur campur -ni pun sukati, xtaruk pun xpe, aku lg suka xtaruk..haha
1 peket Maggi – Curry flavor
2 biji telur
Garam secukup rasa

Cara memasak:
Topping
1.Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2.Kemudian masukkan lada/cili api,sayur campur,bawang besar dan perencah Maggi (guna perancah kari Adabi pun bley).
3.Masukkan minced beef/chicken & kentang. Masak sehingga empuk.

Base
1.Celur Maggi
2.Kacau telur (errrkk)- maksud den, pecahkan telur dalam mangkuk then ko kacau menggunakan garfu macam nak wat telur dadar tu.
3. Masukkan garam sket. And if you like (I like), masukkan perencah maggi yang boleh membotakkan kepala tu skali.
**Edited (ampun ye Ms Lola & shafa..haha)
4. Masukkan Maggi yg dah dicelur kedalam adunan (adunan ke?) telur tadi utk dijadikan sebagai base ;).

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan Base, tunggu sat pastu tarukkan Topping atas dia.
3. Balikkan (tahap kegaringan ikut citarasa sendiri)
4. Siap. Masuk pinggan. Ngapp.



Note:
Pada sesapa yg cuba, klau sedap sila puji resepi ni, klau x sila salahkan diri sendiri. :P


p/s : baru igt nak tulis buku resepi pas bagi resepi ni, nampaknyer fail!!..adakang org try resepi aku sume xsiap..haha

0 remarks: