Wednesday, November 11, 2009

Bad news

One after another..sighhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Friday, November 6, 2009

Rugi RM55

Sangat pedih jiwa ini bila mengenangkan duit yang telah terbang itu. Mungkin sikit nilainya pada orang lain tapi pada aku yang tak bekerja ni adalah amat bernilai skali. Boleh makan Pizza Hut!.

Benda yang lepas jangan di kenang. Tapi tetapla terkenang-kenang. Sebab kerugian itu disebabkan oleh sikap gelojoh diri sendiri. Hambek ko! Padan muka!

Aku harap ianya tidak benar

Tajuk sungguh dramatik.

Kisah perbualan dengan anak bujang semasa hendak tidurkan dia.

Emak: Fal, sok Fal nak tak duduk rumah ibu (nanny). Mama nak pergi work.
Anak: Taknak. Fal nak dodok mama jer.

Emak: Aik, kan Slalu Fal yang sibuk nak duduk umah ibu.
Anak: Taknak. Fal nak dodok mama jerrrrrrrrrrr.Mama niiiiii..(da start la nak marah tu)

Emak: Nape taknak duduk rumah ibu.
Anak: Nanti ibu marah Fal. Ibu popok (pukul) Fal.

Emak: Ibu marah? Ibu cakap apa?
Anak: "Gi balik"

Aku harap sangat apa yang anak aku cakap tak betul. Terkedu okeh aku bila dia cakap macam tu. Sedih. Kalau betul anak aku salah, marah benda yang dia salah. Jangan nak cakap "Pergi balik" macam tu sebab aku bukan hantar free. Aku bayar. Aku bayar lebih daripada apa yang dia mintak. Tolong jangan buat anak aku macam tu. Tu HALAU namanya. Budak kecik tu pun tau rasa sampai memang bersungguh dia taknak pergi sana dah. Selalu dia yang usik aku "Mamaaaaaa, Fal nak dodok rumah ibu". Hari-hari dia cakap macam tu sampai aku terasa dia tak suka duduk dengan aku.

Taska la jawabnyer kalau mama nak pergi kerja lagi. Klau full-time takpe la. Ni yang part time, taska lama dia taknak amik yang kira hari. Haih.




Thursday, November 5, 2009

Pengisytiharan lelongan harta

Aku sebenarnya gatal nak menjual beberapa harta tak seberapa aku. Tapi aku selalu je rasa nak jual, pastu kang aku sayang hahahaha. Tapi kali ni macam bebetul. Sebab nak jual adalah gatal nak tukar harta-harta baru kerana mereka-mereka itu tidak lagi aku pakai sejak aku dok umah. Kang dah keje balik mulala aku meraban membeli lagi. Jangan risau sebab semuanya adalah Authentic. Imitation xmain :P. Dan semuanya dalam keadaan yang sangat baik. Antara harta-harta tak seberapa yang nak aku let go adalah:

1. 4 biji ElVi-2damier,1mono,1mono denim. (2 left)
2. 2 biji Gufuciffi (ada sesapa pahan F language?) (1 left)
3. 4 biji Coachie (2 signature, 2 leather) (3 left)

Kot ada yang berhajat, bley la email aku kat noriszan17@yahoo.com. Aku memang xnak taruk terang-terang kat sini tanpa motif, harap maklum :P.


p/s: Ni namanya nak jual tapi sayang tapi amcam taknak jual. Sebab tu entry macam tu hahahahaha. But seriously. Kot ada yang berhajat, kita runding harga. Tapi silala jangan melampau sangat masa berunding yer. Kesian aku yang tak keje ni ngeeeee.


Wednesday, November 4, 2009

Gatal

Aku adalah gatal untuk perabiskan duit tetapi adalah sangat malas untuk mencari duit. Sila sumpah aku.

Rumah macam tongkang karam

Memang payah nak tengok rumah kemas kalau ada budak dan bapak budak yang suka menyepahkan rumah pastu bila mama dia suruh simpan balik semua toys yang dia dah kembur, dengan selambanya dia jawab "Malaslaaaaaaaa, mama kemas la sendiri". Sila bagitau aku macamana aku nak sabar?

Homeschool?

Aku bukan cikgu yang baik.
Anak aku bukan student yang boleh berpura-pura aku ni adalah teacher dia.
Haih.
Homeschool is like impossible for us :(.

Mama anta ko pi school next year, padan muka ko :P.