Crash diet

Thursday, April 16, 2009

I'm on diet! Ntah untuk kali ke brapa juta ntah aku launch diet nih. Setakat ni memang takde hasil lagi.

Ini hari ke-3 aku diet. Hari pertama aku tak tau la nak namakan diet aku tu berjaya ke tidak sebab aku tak makan pape dari pagi tapi bila dah lewat malam aku dah tak bley handle. Aku makan baked bean 1 tin dengan sayur petola masak air semangkuk. Perabis lauk dinner laki aku.

Hari kedua pun macam tu. Sehari suntuk tak makan. Nak masak sayur tapi fridge dah takde stok. Gila kebulur aku 1 hari sampai aku rasa nak pi ragut rumput kat laman rumah. Boley? Malamnya laki aku ajak pi belanja barang dapur. Oleh kerana muka dah pucat lesi, badan dah gigil makan terpaksa la aku makan sesuatu. Singgah drive-thru McD konon nak beli Banana Pie je tapi takde pulak. Dia ada Apple Pie saje. Kemsalam la kalau nak soh aku makan Apple Pie. Singgah plak drive-thru KFC last2 order Grilled Twister. Aku makan cam pelahap ok. Tak pernah selama ni aku order twister. Healthy la konon ni, tu yg pilih twister. Sedap plak tetiba aku rasa. Maklumlah kebulur, ko bagi kayu pun sedap gaknyer aku kunyah.

Hari ni aku baru makan 3 keping potato wedges. Punya la berkira nak makan. Pastu berangan ni nak pi beli kapsul ngan pati halia Dunia Herbs tu. Yang ads Kuza (tak habis2 aku ni) tu.

Yang menyampahnya, setiap kali aku diet, ada orang yg suka sabotaj. Kang mula la dia nak bawak aku pi makan tempat sedap2. Pastu aku order soup je, mula la dia order banyak2. Pastu sambil makan cakap "sedapnya ni..tak pernah rasa sedap camni (makanan tu la).." pastu kang.."tak baik membazir...kene habiskan makanan ni..". Masa aku tak diet, tak nak pulak bawak. Haishhhhh.

Tema diet kali ini adalah 'no carb'. Harap2 berjaya la gamaknya.

Chiow.


0 remarks: