Cerita setakat tengahari ini..

Wednesday, May 13, 2009

Hmm..how to start this? Aku memang paling lemah bab intro ngan penutup. Fail!.

Pepagi (yang tak berapa pagi sebab aku bangun pun dah pukul 8.30) aku terbau orang menumis kari ikan (sebab bau halba, tajam x pem-bau-an aku?, xkan kari daging or ayam pakai halba pulak kan? ke pakai? :P) maka aku pun teringin. Mula la aku gesa si Naufal mandi sebab nak ajak cari ikan kat pasaraya tak jauh dari rumah sewa sekangkang beruk kami nih.

Dengan niat mau exercise, maka aku sorong Naufal dalam stroller dan pergi la kami dua beranak ke pasaraya yg dalam 5 minit berjalan kaki. Jiran sebelah melaung tatkala (pergh, terasa cam buat novel sastera pulak) ternampak kami anak beranak sekonyong-konyong (sorry, aku pakai je word ni tanpa tau the meaning, peduli apa aku, cam kene je perkataan tu so aku guna) berjalan tetengahari panas buta tu,

"Nak kemana tuuuuuuuuuu? Kereta mana?" tanya jiranku.

"Saje cari pasal membetis tetengahari buta ni kak, malas nak drive" aku jawab.

Di pendekkan cerita selama 5 minit maka sampailah aku ke pasaraya tersebut. Setelah melayan Naufal naik kiddie ride tu sebanyak 2 round berlainan binatang maka masuklah kami ke pasaraya mencari ikan, santan, terung, dan apa la lagi yang tangan aku rasa nak capai.

Tatkala aku sibuk nak membayar tetiba melintas seekor hanjing bedebah di gerbang pasaraya itu. Naufal dengan excitednya berlari nak tengok. Aku menjerit cakap "tak payah" namun dia tetap berlari mengejar hanjing itu. Setelah beberapa saat dia terpaku melihat hanjing itu (dan mungkin ketika itu hanjing itu juga tengah melihat dia) tiba2 dia pulak berlari kerana hanjing itu pulak yang mengejar dia. Aku dari dalam kedai terpekik terlolong. Anak aku dah meraung tapi dah lari jauh dari aku. Nasib baik ada budak India pembantu pasaraya tu tolong halaukan hanjing tu sebelum sempat dia apa2kan Naufal. Bedebah punya hanjing. Naufal pun 1, sibuk nak kejar hanjing sudahnya hanjing tu kejar dia balik.

Lepas itu dengan mulut becok "dog kejar ufal, dog nak geget ufal, aum aum.." menceritakan balik peristiwa itu (macam la aku takde kat situ), kami pun pulang ke rumah sewa sekangkang beruk kami. Waktu itu memang panas. Naufal telah menhabiskan 2 botol Yakult dan berjaya membuatkan aku terliur. Nasib baik puasa, haihh.

Sesampainya dirumah, aku bagi Naufal makan Koko Crunch (sebab belum masak, ngeeeeee) dan selepas itu bermula lah operasi memasak. Sebenarnya dari aku otw ke pasaraya tu lagi aku dok melayan sms dari bebebebebeberapa orang termasuklah minah ni dan ini. Sepanjang proses aku memasak pun aku masih ber-sms. Sudahnya, kari ikan aku lupa nak ditumis bahan2 nya tetapi sudah aku masukkan ikannya. Padan ngan muka kau labu. Nasib baik tiada sesiapa di rumah sewa sekangkang beruk kami ni. Kalau tak musti ada bunyi "haaaaaaa, tu la, sibuk sangat ngan telepon ngalahkan menteri". Tapi menteri angkat ke telepon? Bukan PA dia ke yang angkat? Patutnya cakap la macam Paris Hilton, kan? Owhh, mula dah aku nih.

Baiklah, sekian sahaja cerita aku untuk tengahari ini (tetiba dah ending, kan aku dah cakap). Menu hari ini (setakat yang sudah siap) adalah kari ikan merah dan Bubur Pulut Hitam. Bubur itu adalah request dari Mr. Slurpee. Dia tak cakap direct suruh aku masak, tapi tiba2 dia beli pulut hitam. Takkan nak suruh buat mandi pulak kan? Mungkin aku akan tumbuk sambal belacan je petang nanti.

Chiow.



p/s: Naufal is 2 years 4 months young today ;).


0 remarks: