Masin

Thursday, June 11, 2009

Aku baru selesai memasak.

Tema masakan aku hari ini adalah MASIN/GARAM (strike through yang mana tak sesuai). Aku masak sup garam, sambal garam ngan ikan-tak sure garam ke tak. Ok, sebenarnya aku masak sup telur puyuh untuk anak bujang aku, sambal ikan bilis tempoyak favourite Mr. Slurpee dan ikan merah goreng. Ikan tu aku tak sure la masin ke tak sebab tak rasa. Takkan goreng ikan pun nak rasa, ye tak?

It's not that salty lah tapi memang tak boleh la klau nak di ratah atau di hirup. Mau terpejam2 mata karang. Kalau makan dengan nasi yang tawar tu ok je. Just nice :P.

Tapi, masakan aku tu sumer masin bukan salah aku. Salah GARAM. Betul, tak tipu :P. Selalu pakai garam halus. Bila suruh Mr. Slurpee beli, dia beli garam cap burung layang-layang (if i'm not mistaken la). Dia tak bebetul halus. So aku tak reti agak. Sendiri tak reti masak, garam la pulak yang di salahkan.

Kalau belum kahwin, bila masak pastu termasin orang kata dah nak kawin kan? Kalau yang dah kawin, dah beranak pinak apa maksudnya?

Ok, nak tengok Lalola, Chiow ;).

p/s: Lupa nak bagitau (macam ada yang kesah pun kan, xdulik, nak bagitau jugak), lepas baca entry CY3.5 baru teringat yang aku juga sudah menyiapkan juadah (adakah perkataan juadah ini boleh digunakan di sini ataupun sekadar untuk kuih sahaja?) minum petang iaitu bubur kacang durian. Oh, aku tak makan durian. Aku masak untuk pulang mangkuk akak sebelah dengan untuk Mr. Slurpee yang tak tau lah sempat tak dia nak makan sebab dia selalu komplen banyak sangat benda yang nak kene makan. CY, nak? ;)

0 remarks: