Bebelan ke-3 untuk hari ini

Tuesday, July 28, 2009

Ini adalah entry ke-3 untuk hari ni. Aku dah cakap. Bila mula kerja maka mula lah aku ‘aktif’ balik. Takpe, janji deliver :P.

Aku sebenarnya baru mengubah posisi furniture (lah sangat) yang ada kat bilik aku nih. Puncanya adalah aku akan migraine setiap petang sejak aku dok bilik nih. Kalau dah migraine tentulah tak boley buat kerja yang memerlukan otak, agree? (kalau tak agree pun aku tak kisah). Ketua projek dah habaq arituh, kalau nak tukar posisi sila panggil dia. Tak kuasa lah aku nak pi panggil. Ntah ada ke tak dia nya pun. Jadinya aku main tarik2 la table ni ngan monitor and cpu tak diturunkan. Mekak jugak lah bunyinya. Nasib la klau technician sebelah perasan.

Owhh..aku telah mengenalpasti punca migraine aku adalah kerana monitor aku bertentangan dengan cermin. Maka, bila cahaya terang menembusi langsir tebal ni dan kene pada monitor aku, maka tahap kesilauan melampau itu akan membuatkan aku migraine. Perghhh, dasat aku analisa. Dah boley amik Phd nih :P.

Masalah aku yang sentiasa bermasalah ini sekarang adalah habuk-habuk hasil aku mengemas. Mana plak aku nak cari akak cleaner petang-petang nih. Nih yang rasa nak beli penyapu pulak. Semalam dah beli tong sampah haaaahahahahha. Lelama aku bawak tilam bantal periuk belanga berumah kat sini je :P.

Chiow ;)


0 remarks: