Dari kebun bapak saya with love

Friday, July 10, 2009

Di kebun bapak saya yang sekangkang berok ada macam-macam jenis pokok buah-buahan yang berbuah dan pokok sayur-sayuran yang bersayur. Ngeeeeeeeeeeeee.

Kalau musim buah macam sekarang, puaslah dia menjamu orang surau, rakan-rakan dia, jiran-jiran kami, anak menantu, kawan-kawan anak menantu yang muncul hanya bila musim buah tiba dan juga pekerja-pekerja anak menantu. Boley? Owh, bapak saya tidak suka menjual hasil tanaman nya walaupun sampai tak larat nak makan.

Antara buah-buahan yang ada adalah durian, manggis, rambutan, pulasan, duku langsat, nangka, cempedak, beberapa jenis jambu dan macam-macam lagi.

Kalau sayur dan ulam pulak, ada kangkung, terung, bendi, cili gemok, cili api, cili kurus yang bukan api,segala macam daun untuk memasak macam serai (daun ke tu?), lengkuas, lempoyang, pandan, daun kari, kencur, kelapa, pelbagai jenis limau dan pelbagai lagi yang aku pun tak tau spesisnya.

Hobi aku bila balik adalah merembat segala macam daun, sayur dan buah supaya tak payah beli kat pasar.

Durian dari kebun bapak aku nih menjadi gilaan ramai tetapi bak kata bapak aku kat satu-satunya anak dia yang tak makan durian ni "bukan main bez-bez lagi durian Pak (panggilan saya kepada bapak saya), durian busuk (read : tempoyak) gak yang ko sebok makan". Nak buek camno Pak Mail oiii, anak mu ini berlakikan orang Pahang. Orang Pahang kan berdarah Tempoyak. Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.


Ini adalah hasil rembatan entah kali ke berapa men-hantu dia (laki aku) untuk dijamukan kepada pekerja-pekerja dia di beberapa site. Siap bawak lori yer bang? Habis ko kokang kebun aku.


Durian dah hujung-hujung musim. Dah puas segala sedara buah berkunjung menjamu selera dan bawak balik berbakul-bakul. Rambutan tu hanya suku pokok dari 4 ke 5 pokok. Ada beberapa lori lagi kalau diturunkan buahnya. Tak daya lah nak makan. Ada sesapa teringin? ;)

0 remarks: