Pekerja contoh

Thursday, July 23, 2009

Semalam baru start kerja, hari ni dah mengular. Sila tiru aku. Lepas tu kalau kene buang keje, jangan cari aku.

Aku kebosanan. Kunci bilik aku tak dapat lagi so aku tak boleh nak buat kerja. Alasan. Memang alasan. Tapi alasan yang munasabah. Kerja yang memerlukan otak memang tak boleh di buat dalam keadaan orang dok bergossip dan bercerita sebab aku pun sibuk nak pasang telinga walaupun dalam keadaan tunduk mengadap paper budak indon yang menyakitkan jiwa.

Maybe besok boleh dapat kunci so besok aku boleh mula bekerja dengan bersungguh-sungguh. Chewaaaahh. Sebenarnya nak cakap, BLOGGING dengan bersungguh-sungguh :P.

Komen-komen anda aku tak sempat nak reply. Walaupun aku paling tua bangka kat lab tumpangan tu tapi tidaklah aku punya kekuatan nak mendajal sekor-sekor. Apalagi orang yang aku kenal semuanya berstokin. Tak nak la pulak sampai diorang nampak tanduk dan ekor aku.

Ok, plannya as of now untuk hari nih adalah: Kejap lagi nak tido dalam sejam (semoga tak terlajak samai petang). Pastu masak sekejap. Pastu nak review Chapter II. Pukul 6 nak jemput Naufal. Malam kang aku nak mula tulis Chapter II. Tak masuk office tetap kene kerja, betol x? Kang tak deliver mampoihhh.

Ok bebeh sekalian, Chiow ;).




p/s: Nampaknya semua tengah kemaruk tanda2 apa ntah tu. Aku belum sempat nak explore.

p/s/s: Merasalah korang entry pasal keje je pulak. Sila muak :P.


Pekerja contoh,

0 remarks: