Rehat panjang

Friday, July 24, 2009

Seumur hidup aku, inilah kali pertama merasa waktu rehat yang panjang walaupun sebenarnya tak masuk office langsung pun tak pe. Ye la, dulu keje ngan company lama tetaplah rehat selama sejam dengan alasan aku tak payah sembahyang jumaat. Ko memang celaka x-boss!.

Sebenarnya bebudak kat lab ajak makan sama walaupun aku masih tak hafal nama diorang, ngeeeeeee. Tapi aku tolak dengan alasan bodoh nak defrost binatang-binatang dalam fridge untuk dijadkan lauk malam karang. Sebenarnya aku xlapar pun. Tapi tetaplah gatal nak tapau KFC, malangnya takde parking maka pulanglah aku dengan tangan dan perut yang kosong.

Kunci tak dapat lagi ni. Setakat ni aku mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menggunakan laptop dan printer aku sendiri untuk buat kerja. Aku takut masuk virus!. 3 biji okeh desktop aku jahanam masa study dulu. Cukup ler tu. Jadinya aku kena masuk lab semula kol 2 karang sebab kalau dok umah alamatnya aku hanyut macam semalam. Haha. Langsung tak bersentuh. Mampuihh.

Ok, nak cari bag kerja pulak. Chiow ;).



0 remarks: