Saya telah membuat keputusan..

Sunday, July 26, 2009

..bahawa NO WORK AT HOME!

Saya tidak tahu kenapa secara tiba-tiba saya bersemangat untuk membawa kerja pulang ke rumah sedangkan selama hampir 5 tahun bekerja dulu, saya memegang kuat prinsip bahawa kerja tidak sepatutnya di bawa ke rumah walaupun sebenarnya saya selalu juga bawa kerja yang urgent pulang ke rumah. Apekah? Cakap macam t*mil n*du.

Saya juga sibuk hendak bekerja pada hari cuti (Sabtu). Bukankah sepatutnya hari cuti untuk cuti. Maka dengan ini saya mengisytiharkan

Waktu kerja, sila blogging kerja dengan kuat.
Waktu cuti, sila shopping tumpukan perhatian buat lelaki-lelaki yang memerlukan perhatian di rumah ini.

Sekian.

0 remarks: