There was an error in this gadget

2 tahun 7 bulan

Thursday, August 13, 2009



Dah besar anak aku [walaupun gambar yg ditepek adalah gambar masa dia tecik].

Skang ni toksah harap la nak snap gambar dia. Paling² dapat la gambar bantal busuk dia atau botol susu dia atau tapak tangan dia atau belakang badan dia. Tetiba dah besar sket, camera shy la pulak. Nyampah.

Pastu semenjak dok umah nanny, dia pandai cakap t3t3k. Aku tak pernah pulak ajar dia walaupun dia breastfeed dulu sebab aku pun tak tersebut word tu. Boleh tetiba "mama, ni t3t3k Fal, mama takde t3t3k, ibu ada t3t3k" taula dada mak ko ni tak semenggah tapi toksah la sampai cakap mak ko takde t3t3k nak oiiii boley? Macam sedap no pulak dia asik nak guna word tu. Memula aku tak paham sebab cara sebutan dia agak Jawa. Maybe sebab ibu (read: Nanny) dia breastfeed kot.

Lepas tu perangai baru dia, cakap nak macam babbles², tak nak cakap bebetul. Pastu nak merangkak pulak. Haihh, tak tau la apa kene anak bujang aku ni.

Makan langsungggggggg taknak. Hari² aku masakkan macam² untuk dia. Lebih² dia cakap nak makan, pastu dia cedok segala kuah masuk plate dia, segala lauk dia timbunkan dalam plate dia, pastu "Mama, dah..Fal dah makan dah", tak hal tak sebutir pun nasi masuk perut dia. Pastu terus bawak pinggan pegi sinki, buang nasi dalam tong sampah, cuci pinggan sendiri. Rajin kan anak aku? Pastu siaplah asik tukar baju je.

Pastu kalau pi mana², jangan lah dia nampak toilet ke sink ke mesti "Ufal nak cuci tangan". Kalau ko dok kedai makan, adalah 10 kali dia cuci tangan kot. Mementingkan hygiene anak aku nih sampai orang lain nak makan pun tak senang. Takhal makan pakai fork & spoon tapi tetaplah sibuk nak cuci tangan.

Lagi 1, klau pi memana, jangan lah dia nampak tong ice-cream tu, harusla dia sibuk mintak ice-cream. Beli je, makannya tidak. Aku ngan Mr. Slurpee pulak kalau bab makan ni tak berani nak kata tak. Takut kempunan. Tak hal dia nya saje je.

Ok, masa untuk bekerja.

Chiow ;).

0 remarks: