There was an error in this gadget

De javu

Friday, August 14, 2009

Beberapa bulan lalu, aku mengemas di sana.
Hari ini, aku mengemas di sini.
Semuanya telah siap.
Tinggal untuk aku angkat kaki.
Aku tak sedih meninggalkan bilik ini.
Sama juga seperti aku tidak pernah menyesal meninggalkan jawatan aku dulu.
Yang aku kesalkan, sampai bila aku harus diperlakukan begini?
Mungkin ada yang lebih baik menanti aku.
Atau mungkin aku memang ditakdirkan membesarkan Naufal sendiri.
Itu semua aku tak tau.
Kerja Allah yang Esa.
Aku hanya menurut.
Apa yang ditentukan untuk aku, itulah sebenarnya yang terbaik.
Walaupun aku tidak rasa begitu.
Tapi Allah Maha Mangetahui.
Amin.

0 remarks: