There was an error in this gadget

Kerabu pucuk paku

Sunday, August 30, 2009

Khas buatmu ted ;). Umum buat semua, ngeeeeeeee. Jalang-jalang Jarang-jarang Cik Iszan nak taruk resepi ni sebab aku memang fail bab bagi orang resepi muaaaaaaahhahahahha.



Bahan-bahan:
(Sukatan adalah mengikut naluri tukang masak :P)

Pucuk paku
Bawang kecil (di hiris)
Ikan bilis (rendam air panas)
Udang kering (rendam air panas)
Santan pekat
Kerisik
Lada hitam
Limau kasturi
Garam
Gula

Cara membuat:
1. Celur pucuk paku dengan sedikit garam.
2. Tumbukkan lada hitam, ikan bilis dan udang kering.
3. Gaul pucuk paku dengan bahan tumbuk, masukkan santan pekat, kerisik dan bawang kecil.
4. Perahkan asam limau.
5. Letak garam dan SEDIKIT gula to taste.

Siap!

Sekian resepi campak-campak Cik Iszan. Sangat senang. Masalahnya cuma 1 je. Kat pasar di area JB ni, nak cari pucuk paku adalah amat susah, yang jual kebanyakannya DAUN paku.

Selamat mencuba ;).


0 remarks: