Sahur semalam

Wednesday, September 2, 2009

Hanya nasi putih bersama telur dadar. Gara-gara kehabisan gas waktu aku baru nak tumis sardin. Tu la, niat tak baik kan. Memula alarm bunyi pukul 4 seperti biasa aku tutup, pastu terlintas dalam hati "kot-kot aku bebuat tak sedar ok x ek, ngantuk nye laaa". Tapi about 5 minutes after that aku bangkit la jugak sebab mengenangkan Mr. Slurpee yang penat bekerja siang karang. Kang lapar pulak dia. Ingat nak masak sardin [lagi].

Malam tu sebelum tidur aku dah tanya dia nak makan apa, dia jawab sardin. Tapi kalau aku ikutkan jawapan dia hari-hari la sahur sardin :P.

Alhamdulillah, sampai jugak le puasa sampai ke akhirnya. Alaa, orang lain tak sahur pun mampu puasa, ni dapat makan nasi dengan telur dadar kalau tak tahan jugak baik pi terjun KL Tower sana.

Menu buka hari ni cadangnya adalah Roti Jala sebab 3 kali beli kat bazar amatlah mengecewakan. 2 kali basi, skali takde rasa langsung! Haih. Tapi aku dah marinate ayam percik dari semalam dengan niat nak rasmikan Chefel.

............ (dah x tau nak sambung apa, boley? :P. Entry ni akan aku publish esok tengahari, sekarang adalah jam 11.35 malam, Isnin 1-9-09)

*blank


0 remarks: