2y9mo

Tuesday, October 13, 2009

Umur anak bujang aku skang. Ko ingat kod rahsia bukak peti besi aku ke? Aku peti besi takde, peti surat ada.

Keje anak bujang aku skang adalah MEMBEBEL sampai aku nak pengsan!. Semua benda dari sekecik kuman sampai sebeso _______(letak la sendiri contohnya) nak dijadikan bahan bebelan.

"Awak ikut perangai saper tu Fal, eh..macam mama je...ooopsss".

Pastu dah dia keje bercakap je lelagi masa tengok telly, mama ngan papa dia takleh sembang okay, mesti kene sound "mama ngan papa no akap (cakap)". Owhh, betapa sakit jiwanya. Hanya dengar dan jawab cakap-cakap kosong dia sahaja. Pastu bila dia dah letih, "ok, mama no akap, fal antok, nak sleep", wahhhhhhh, ko dah penat cakap, reti plak nak orang diam, yang mama ko sampai nak muntah dengar ko membebel ni tak pulak ko kasi tidur. Jangan cuba-cuba nak lari dari sesi bebelan dia "mama, kan Fal akap ni, mama dodok!", bley?

Tolonggggggggggggggggggggggggg!

0 remarks: