Mukabuku

Sunday, October 25, 2009

Facebook daaaa.

Maafkan aku kepada para-para manusia yang menjemput aku bermukabuku. Buat masa ini aku takut untuk terima jemputan kalian kerana aku takut aku juga bakal gila meladang macam korang akan abaikan blog ini seperti mana aku abaikan FP bila aku mula berjinak-jinak dengan blog.

Tak taulah alasan tu boleh diterima pakai atau tidak. Sebenarnya aku nak cakap aku takut addicted sampai anak ngan laki aku terabai, boley? haha. Gilak!

Amponkan mak. Cakaplah mak jakun ke apa tapi sampai la ni mak tak tau dan belum lagi nak amik tau apakah kandungan mukabuku itu sendiri. Tunggulah bila anak mak dah mula sekolah ataupun mak dah mula keroje, mungkin mak banyak masa terluang boring untuk join binatang itu.

Main point entry ini adalah: aku nak mintak maaf kerana mereject deretan jemputan ke mukabuku. Kesian dan Sekian.



p/s: Aku selalu termakan sumpahan. Mintak dijauhkan. Takut pas je aku publish ni terus aku mula meladang, camno?

0 remarks: