Aku harap ianya tidak benar

Friday, November 6, 2009

Tajuk sungguh dramatik.

Kisah perbualan dengan anak bujang semasa hendak tidurkan dia.

Emak: Fal, sok Fal nak tak duduk rumah ibu (nanny). Mama nak pergi work.
Anak: Taknak. Fal nak dodok mama jer.

Emak: Aik, kan Slalu Fal yang sibuk nak duduk umah ibu.
Anak: Taknak. Fal nak dodok mama jerrrrrrrrrrr.Mama niiiiii..(da start la nak marah tu)

Emak: Nape taknak duduk rumah ibu.
Anak: Nanti ibu marah Fal. Ibu popok (pukul) Fal.

Emak: Ibu marah? Ibu cakap apa?
Anak: "Gi balik"

Aku harap sangat apa yang anak aku cakap tak betul. Terkedu okeh aku bila dia cakap macam tu. Sedih. Kalau betul anak aku salah, marah benda yang dia salah. Jangan nak cakap "Pergi balik" macam tu sebab aku bukan hantar free. Aku bayar. Aku bayar lebih daripada apa yang dia mintak. Tolong jangan buat anak aku macam tu. Tu HALAU namanya. Budak kecik tu pun tau rasa sampai memang bersungguh dia taknak pergi sana dah. Selalu dia yang usik aku "Mamaaaaaa, Fal nak dodok rumah ibu". Hari-hari dia cakap macam tu sampai aku terasa dia tak suka duduk dengan aku.

Taska la jawabnyer kalau mama nak pergi kerja lagi. Klau full-time takpe la. Ni yang part time, taska lama dia taknak amik yang kira hari. Haih.




0 remarks: