There was an error in this gadget

Cerita dapur (lagi)

Thursday, November 12, 2009

Dah nama SAHM maka kebanyakan masa tempatnya di dapur ler, mana lagi.

Aku dah siap masak. Sup cendawan dan fish ball. Yang aku nak banggakan di sini adalah fishball itu adalah buatan aku sendiri. Muaaaaahahahha. Tak kisah la kot korang tak heran. Gambar? Tak payah sebab mesti korang cakap "tu bukan fish BALL, tu fish BLA BLA BLA" sebab bentuk fishball tu sama macam bentuk cekodok pisang hangus aku. TAKDE SHAPE macam si tukang buat!. Owh, dengan ikan kembung berlado. Aku malas dah masak macam-macam skang sebab takde orang makan. Aku memang tentu tak makan dah. Anak aku apa lagi. Untuk Mr. Slurpee je. Semalam aku masak sambal sotong 4 ekor je. Tu pun tak habis!

Pasni aku nak buat karipap kentang pulak. Kalau rajin lagi, nak buat Fruit Jelly. Kalau rajin lagi, nak buat apam sebab aku pi gatal beli kelapa parut semalam pastu tak tau nak buat apa. Tu semua kalau rajin la, kalau malas, pas solat kang aku ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzz je :P.

Chiow ;).

0 remarks: