There was an error in this gadget

Kepada yang mencariku

Wednesday, December 2, 2009

Poyo!

Tapi aku tau memang ada :P.

Aku masih di sini. Yang aku perjuangkan terkorban jua di saat akhir. Melepasi 3 tahap dan gagal untuk yang terakhir. Bukan rezeki.

Raya korban punya cerita memang banyak tapi seperti biasa aku malas nak cerita :P. Aku ada video yang laki aku shoot masa korbankan lembu Naufal. Ada sesiapa yang nak tengok? Aku memang tak berani nak tengok. Kang tak pepasal aku haramkan lembu masuk perut aku.

Fyi,ponggong aku masih kejung gara2 bertapa dalam kereta akibat jammed yang langsung tak bergerak. Masa pergi sepatutnya kitorang sampai dalam pukul 10malam tapi sudahnya pukul 2 pagi baru dapat jejak umah PIL gara2 jam kat Karak. Otw balik pulak, stuck 3 jam kat sebelum jambatan Chukai. Jam yang tak masuk akal. Malas nak memaki kat sini. Akibat orang yang sangat sayang kereta, jalan rosak sikit (yang bukan lubang pun) pun kene bawak slow tahap siput sedut sudahnya aku yang nak terkencing ni sampai beku air kencing aku dalam bladder. Memang pukanang! Check out kol 9 pagi, 24jam lepas tu baru aku jejak rumah aku kat bumi JB ni, mau tak kejung?

Kata taknak maki tapi tetaplah maki.

On unrelated notes, ucuk & angi si Naufal tertinggal dalam kereta MakLong. Dia dah tido dari pukul 9 tadi tapi bangun setiap 10 minit mencari ucuk & angi. Tak tido la jawabnye aku malam ni, haihhh.


Aku,

0 remarks: