Permulaan yang kurang baik untuk tahun 2010

Sunday, January 3, 2010

Ini adalah gambar keadaan kereta kakak ipar aku (kakak Mr Slurpee) sejurus terlibat dengan kemalangan melibatkan mat rempit yang sedang buat aksi superman di waktu Mahgrib pada 01-01-10 lepas. Mat rempit terbunuh di lokasi kejadian. Kemalangan berlaku di Bachok, Kelantan. Kakak ipar aku dengan husband dan anak perempuan dia hanya mengalami luka dan lebam yang tidak teruk tapi Mr Slurpee cakap kakak dia masih tak boleh bercakap, trauma maybe. Honda CRV tu 2 kali terpusing. Syukur sebab bukan kawasan gaung.

Kalau tak ada aral melintang, rabu atau khamis kami akan pergi melawat. Jalan jauh lagi nampaknya. Harap-harap semuanya ok.




p/s: Blog orang lain aku tengok follower makin bertambah-tambah, blog aku makin berkurang, tarik diri kah? Haha, whateva ;)


0 remarks: