There was an error in this gadget

Cawat besi

Wednesday, February 10, 2010

Forgot to blog about my short escape to Malacca right after I was kicked out from that company.

Sebenarnya kebetulan Mr Slurpee ada game hoki kat UTeM so dia ajak la skali mengubat hati aku yang lara masa tu.

Salah satu tempat yang aku (dipaksa) masuk adalah TORTURA2. Mak memang awal-awal cakap takmo masuk eh. Siap tanya ngan brader jaga ticket tu, ni rumah hantu ke apa? Ada tak hantu ke apa-apa binatang yang main sergah-sergah. Brader tu bantai gelak. Aku tanya muka serius ok. Ingat mak buat lawak ke kat depan pintu tu? Tiket RM10 sorang. Dah bayar RM20, melangkah masuk je aku ngan naufal dah menjerit sebab ada orang pakai jubah siap tutup kepala tu lepas je tirai hitam kat pintu masuk. Dahle siap angin sepoi-sepoi-tak-paham-bahasa bagai. Aku dah pegang Mr Slurpee. Naufal dah jerit-jerit ajak kuar. Padan le muka Mr. Slurpree, sudah ku kata taknak masuk, terbangler RM20 mu itu muaaaaaaahahahahha.

Sempat tengok ni je. CAWAT BESI. What the hell? Orang zaman dolu ni memang takde hati perut gamaknyer. Ko bayangkan, dahle ko tinggalkan bini ko nak pi perang ke apa lelama, pastu ko pakaikan CAWAT BESI? Dahle kat bahagian hole tu siap bergerigi bagai. Adoiiiiiiiiiiiiiiiii. Ngilu mak! Tengokler gambar pompuan tu pakai. Tak ke kesian? Aku sebenarnya tak tau la sangat kenapa cawat besi ni di pakaikan sebab suasana dalam muzium tu gloomy giler ok. Aku yang memang sah-sah penakut kalau ngan benda-benda camni (kalau ngan ORANG mak memang selalu berani :P) janganle nak cuba-cuba ajak masuk tempat bebukan. Aku tutup mata je sepanjang jalan tapi jerit tetap jerit. Maybe masa tu sebab ada kami bertiga je kot dalam tu, tu yang lagi seram. Pepagi buta ahad tu kitorang dah tercatuk kat AFamosa ok. Tukang jaga tiket siap jadi tour guide tapi tetapler tak bley teruskan lawatan tak berhemah tu.

Sempat jugak le aku jeling-jeling alat dera lain like breast ripper (kejadah nak dera orang sampai camni?), kerusi apa ntah tapi bawah dia tajam gila, alat sula, topeng besi tajam-tajam bentuk cam binatang dalam movie Geng:Upin-ipin yang singh tu pakai minus the tanduks, saw and macam-macam lah (banyak gak rupanya yang sempat aku jeling).

Pi lah pada sesiapa yang tak takut. Kalau dia tak buat dalam tu gloomy cam tu memang aku suka la nak tengok dan baca-baca. Hmmmm sorry to say this tapi aku memang tak suka Malacca ngeeeeeeee. Bukan apa, belum pernah lagi aku pergi Melaka tak jumpa hantu. Oh believe me, mak memang jenis senang nampak ok.

Enuff.


0 remarks: