Mimpi yang sedih :(

Thursday, March 18, 2010

dan memenatkan.

Aku mimpi laki aku curang. Dia kawin lain. Kantoi depan mata aku. Masa tu we all kat pasar (ke mana xbrapa sure). Dia bercakap ngan sorang perempuan (aku tak ingat lawa ke x tapi gemok dari aku dan berkulit putih). Bila aku tanya "abang kenal ke perempuan tu?", dia jawab "tak la". Lepas tu aku nak pergi ladies sekejap tapi ntah sebab apa aku patah balik. Masa aku patah balik aku terdengar dia tengah berbual dan perempuan tu panggil dia 'abang' and ada cakap pasal 'anak'.

Dalam mimpi tu aku marah. Bila balik aku desak dia mengaku tu isteri dia. Dalam mimpi tu aku dah keluarkan pisau, parang, kapak dan kejar dia. Dia lari. Takut mati kat tangan aku gamaknya.

Lebih kurang macam tu lah mimpi tu. Aku bangun solat subuh dengan rasa penat sangat badan aku. Mungkin sebab mengejar dia ke sana ke sini dengan senjata sambil membebel. Dan akhirnya aku mintak dilepaskan. Lepas solat subuh aku tido balik dan mimpi tu bersambung. Jarang mimpi yang sama aku dapat lepas solat subuh. Ada makna kah?

Hakikatnya itu adalah mimpi. Tapi jika ianya benar-benar berlaku, mungkin juga aku akan memberi reaksi yang sama. Pisau, parang, kapak?. Aku mungkin akan jadi orang begitu sebab aku rasa aku memang begitu. Benda-benda tajam memang kegemaran aku sedari dulu. Begitu juga segala senjata. Aku ada koleksi pedang. Koleksi pistol replica pun ada tapi dah aku simpan dalam kotak. Pedang masih ada beberapa yang aku tayang, yang lain juga aku dah simpan.

Jika di dunia nyata, aku mungkin akan marah, maki hamun, bantai laki aku (dan mungkin juga perempuan tu) regardless siapa salah siapa betul. Yer, aku memang boleh sampai ke tahap itu. Aku memang jenis manusia tak takut orang. Aku hanya takut pada Yang Maha Kuasa. Tapi itu di luaran. Nak melepaskan geram dan sakit hati. Tapi sakit luaran sangat tidak terbanding dengan sakit di dalam. Mimpi tu seakan-akan benar. Aku masih ingat aku bercakap dalam hati yang aku takkan benarkan suami aku berjumpa Naufal sampai bila bila. Ye zalim, tapi itulah yang berlaku dalam mimpi itu.

Like I said earlier. Sakit kat luar takkan sama dengan sakit di dalam. Luka hati yang di khianati amat sakit. Sakitnya tak terperi. Aku pernah di sakiti dulu. Aku pernah rasa di khianati. Terasa masih berdarah luka itu walaupun telah lama ia berlalu. Aku tak mampu melupakan keperitannya walau sedikit. Aku hampir tewas kerana pengkhianatan itu. Aku tak mampu menghadapinya untuk kali kedua. Tidak sama sekali. Aku mungkin tidak lagi mampu bertahan. Aku mungkin akan tewas jika hati aku di khianati untuk kali kedua. Walaupun cara dan watak yang berbeza yang memainkan peranan sehingga mungkin aku terluka laki. Tapi macam aku cakap, luka lama yang masih berdarah itu jika di lukakan sekali lagi, aku yakin aku akan tumpas!

It's just me, tough on the outside but not the inside.

Mimpi ni membuat aku terfikir, ada jaminan kah hidup bersama selamanya dengan pasangan yang memang kita cintai? Banyak sangat kawan-kawan sekeliling yang kahwin hasil cinta mati tapi terkandas di tengah jalan. Melihat mereka hati aku cukup perit. Lagi dengan anak-anak kecil.

Aku tak berani cakap "kalau laki aku berani buat macam tu, aku akan buat dia macam ni" atau apapun sebab aku tak nak fikir kemungkinannya dan aku tau kalau benar ianya berlaku aku takkan mampu buat apapun selain terduduk! Kerana suami aku adalah manusia yang paling aku sayangi. Dia adalah sebahagian dari aku. Tanpa dia, separuh jiwaku pergi (kata Anang). Being only half of myself, aku adalah seperti mayat bernyawa.

Tidak. Aku tiada masalah dengan suami. Tapi aku tetap takut. Dunia sekarang. Aku tak pernah percaya sesiapa. Seorang lelaki yang baik tapi kalau terus-terusan di goda tidak mustahil akan cair juga. Again, bukan suami aku (setakat ini) tapi ada beberapa kes kawan aku begitu. Itu baru pasal selingkuh, belum lagi isu-isu lain. Kadang-kadang tanpa di sedari, perkara-perkara kecil macam soal bilik tidur, masalah kewangan, anak, kurang komunikasi kerana masing-masing sibuk kerja juga boleh menjadi punca kegagalan rumah tangga.

Kalau runtuh rumahtangga pada peringkat awal orang akan cakap "kawin baru berapa tahun dah cerai", kalau dah lama "dah lama kawin pun boleh cerai?", hakikatnya penceraian itu buruk bunyinya tanpa mengambil kira tempoh perkahwinan.

Saat ini, aku masih lagi berfikir. Tak tahu sebenarnya apa yang ada dalam otak aku. Cuma 1 dapat aku simpulkan, pengkhianatan itu sangat memedihnya. And for me, it can cause fatal! Tapi aku yakin, pengkhianatan dalam rumahtangga tentu lebih teruk kesannya dari zaman cinta monyet dulu. Jika masa zaman cinta monyet aku boleh walang begitu, apatah lagi dia suamiku.

Waktu itu tanpa bantuan dari Allah tak tau lah apa jadi. Aku akui, aku pernah jadi 'buaya' tapi bila aku serahkan hati aku, takkan ada apa yang tinggal pada aku dan bila orang yang aku berikan hati aku menghancurkannya, susah untuk aku baiki. Kalau pulih pun takkan jadi seperti asal. Mungkin silap aku juga. Memainkan hati-hati yang tulus dan akhirnya hati aku sendiri yang hancur. Doa mereka mungkin.

Ahh that's past. What past is past. Sekarang aku bahagia dengan keluarga kecil ini. Aku mohon pada-Mu ya Allah supaya tiada apa yang bakal menghancuri kebahagiaanku ini. Amin.

Sungguh terkesan mimpi itu pada aku.


10 remarks:

KS said...

hhhmm...

susah nak komen benda2 macam ni.

jangan fikirkan sangat ye. takpon cuba u cerita kat hubby u. tgk apa reaksi dia..

MN said...

cerita kat husband ko...
tapi tak yah layan sangat mimpi cenggitu...kang stress tak tentu pasal beb!

Unknown said...

oh aku juga pernah rasa dikhianati. memang sangat pedih, beb. pedih sangat-sangat. benda jadi 8 tahun lepas tapi aku tak tahu bila agaknya aku boleh lupakan.

oh aku juga pernah mimpi gitu. cuma takde aksi parang pisau bagai. hehe. mak ngeri dengan benda-benda tajam ni nyah.

cysev3n said...

strange.. aku pun ada mimpi yang sama.. nanti senang2 (ntah2 petang karang) aku tempek kat blog..

Ealyie said...

hmm.. mmg NGERI baca pengalaman mimpi ngeri ko ni.. hmm..:(

mazzuana said...

huh menyayat hatinya mimpi u nih, tambah pulak dengan karangan Gred A+..perghhh simpang malaikat 44 la kita tergolong dalam golongan yang diduakan suami ni....

IntanSham said...

mimpi ko mmg ngeri.. tu br mimpi kan, kalo really happens.. mmg tak blh nk byg cemana. apapun, itu mimpi sahaja babe... share ngan hubby ko. jgn ko stress mengenang mimpi tu...

knv said...

babe, memang takdak jaminan kita akan bahagia selama2nya. truth sucks sometimes.

apa2 jadipun, aku yakin ko cukup matang nak hadapinya. you are going to be surprised.

but then again. hanya mimpi. jgn fikir sgt. bila datang betul2 baru kita deal with it, ok? :D

i.s.z.a.n said...

KS:
dia cakap "kan mimpi je tu", xmembantu langsung!

MN:
aku rasa baik xciter kat dia dr citer haha

Zety:
aku sukaaaaaaaaaaa ngeee (takot x?)

CY:
baca sudah, komen pun sudah ;)

Ealyie:
ngeri sebab aku kuar parang ke apa? heeee

mazz:
aminn..btol mazz, mintak dijauhkan dari benda2 cenggini kan?

intan:
xstress tp sentiasa berfikir..ke itu namanya stress? haha

knv:
thx sis, harap2 tak berlaku sebab aku takmo deal with it pon uwaaaaaaa

vogue said...

tu yg aku sampai skarang bare in mind not 2 serah sepenuh jiwa raga..at least not yet....takuuuttt