There was an error in this gadget

Bebel

Friday, April 16, 2010

Aku tengah lapar. Rasa klau kuda sekor panggang bagi aku pun aku boleh habiskan. Ok, tu tipu.

Arini aku tak masak sebab aku lipat baju, bley? Kesian anak aku sebab dia makan maggi utk lunch. Eh, mee sedap (yang tak sedap). Aku tabley masuk. Aku bagi dia setengah bungkus, licinnnnnnnnnn. Selalu klau makan nasi, kena paksa baru nak makan. Dah mama dia masak seap sangat, sebab tu taknak makan. Dah lama dia mintak nak makan meggi. Asal nampak iklan dia mintak. Tapi kemsalam la kan. Sebulan sekali pun tak tentu dia nak merasa maggi. Aku dulu, lepas pindah Gelang Patah baru merasa apa itu yang namanya Maggi. Itupun pow member rumah sebelah punya. Namun kalau kata Maggi sebungkus nak jejak dalam rumah aku, memang melayang kat kebun belakang semak samun tu bapak aku baling.

Owh, tak payah nak spekulasi. Memang harini aku malas masak. Bukan asal aku lipat baju je aku tak masak. Eh jap, memang hari-hari pun aku malas tapi aku tetapla masak walaupun aku malas. Seminggu sekali dua je dapur aku tak berasap.

Hari ni ada pasar malam. Mr. Slurpee memang paham sangat la klau hari jumaat bini dia sms

"bang, arini nak masak x?"

Maknanya

"bang, arini jom kita pi pasar malam"

Beli belum tentu klau pergi pasar malam tapi pergi mesti pergi. Muka aku ni dah fofular klau kat pasar malam area sini. Gelang Patah, Taman Universiti, Senai, Skudai. Aku memang suka cuci mata tetempat camni.

Kalau bulan puasa tu suka sangatlah pergi bazaar. Sume bazaar area JB aku nak pi (kalau boleh) dalam tempoh sebulan puasa.

Tekak aku ni lagi masuk makanan kat tetempat camtu dari Manhattan Fish Market *blueghhhh*. Harga untuk 2 orang makan dekat RM100 tapi semua tapau pastu dok dalam fridge pastu buang tong sampah. Dasar tekak kampung! Johnny's pun sama *blueghhhh*. Aku makan dah lama dulu, sebelum aku tau Johnny's tu takde sijil halal. Kalau kopitiam memang sorry-naik-lorry. Memang aku suka toast diorang tapi skang ni aku lagi rela makan toast kat mapley (yang sebenarnya selepas tak bley masuk kopitiam eg. OTWC, aku takde order toast kat memana :P). Tu pun cerita lamaaaaaaaaaaaaaa dulu. Tapi kalau SR, fastfood like McD, KFC, A&W tu suma lajuuuuuuuuu je la. Apa ko bebel? Tapi serius, MFM mak tak boley masuk, langsung! *blueghh* lagi skali.

Selalu je kitorang pi pasar malam balik tangan kosong. Pastu pi la memana kedai makan cari makan malam. Kekadang datang sengal, aku ajak je balik, masak. Sebab kalau nasi memang kemsalam la kan nak cari kat pasar malam kecuali nasi kerabu atau nasi dagang.

Eiii, aku tak tau la apa aku merepek. Kalau tengah kebulur ni otak pun jadi biul. Tengok suma benda jadi makanan.

Dahle, sebelum aku baham laptop ni, baik aku pi smayang Asar pastu kemas umah.

Chiow ;).



0 remarks: