There was an error in this gadget

Adab menalipon orang

Monday, May 10, 2010

Menalipon ke menelefon? Ada cikgu BM nak tolong betolkan? Kalau nak tanda karangan aku kat blog memang suma la merah.

Aku nak citer pasal tajuk di atas. Sebabnya aku baru dapat call dari orang yang kurang adab sewaktu menelefon orang. Aku ni dahle jenis umat yang amat payah ko nak soh angkat tepon sejak azali lagi. Dah aku angkat dah cukup bersyukur pastu bley plak mukadimahnya sangatla menyentap kalbuku di memalam buta ni.

Caller : Hello, helloooooo, helloooooooooo!!!
Aku : Hello, yer?

Caller : Helloooo!!! Ni saper ni?
Aku : (Nenek tiri mak angkat posmen ko) Yer, nak cakap ngan saper?

Caller : Ni saper ni?
Aku : Saya pun tak tau nak cakap saya saper, awak ni cari siapa telefon sini?

Caller : Ada orang bagi no ni kat saya. Saya dari Bukit Kiara (kalau tak silap aku la). Ni saper ni?
Aku : Awak ni nak cari siapa?

Caller : Takpelah! Takpelah!

Letak tepon.

Ni spesis babi ke hanjeng?

Dahle ko call aku, ko marah-marah, perkenalkan diri tidak pastu terjah aku cam aku rembat laki ko. Tak panas ati aku ko ingat? Kalau depan mata kompom aku lempang, kompommmmmmmmm!

Ni aku nak cakap la. Common sense. Orang tak sekolah pun tau tapi gamaknya pompuan ni sekolah tinggi sangat sampai terlupa pasal adab.

Dah ko call orang, kalau yer pun ko nak tanya orang yang ko call tu saper, bley tak perkenalkan diri dulu, bagitau apa ko nak. Ni tetiba "ni saper ni..ni saper ni?". Aku teringin je nak jawab "Mera naam Aiswarya Rai hey".

Tolonglah. Aku tak tau la pesal aku selalu dapat prank calls sejak akhir-akhir ni. Kekadang pukul 2 3 pagi tengah tido. Call berkali-kali aku angkat la ingat emergency ke apa. Ni bila angkat ntah jantan keberet mana pastu nak berkenalan. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Ko kalau nak berkenalan tak bley ke cari time matahari memancarkan sinarnya? Ni aku tengah tido, anak ngan laki aku tengah tido (apa ko tak reti tido?), pukul 2 3 pagi ko call orang nak berkenalan? Cikgu mana ajar ko nak mintak biodata orang pepagi buta?

Gamaknya ada orang tulis no tepon aku kat public phone ke? Tapi ada lagi ke orang pakai public phone? Ke kat public toilet? Adoiiiiiiiii. Benci ok.

Aku jenis manusia yang sangat kedekut no tepon. Bukan apa, aku memang tak suka angkat tepon ke layan sms orang yg aku tak kenal. Pada yang kenal aku tau la perangai aku ni. Tapi melambak la jugak prank calls yg aku dapat.

Another reason aku tak suka angkat call no yg aku tak kenal adalah disebabkan aku malas nak layan orang bank ke insuran ke or any telemarketers yg tak reti bahasa. Dahle call orang pastu paksa2 soh subscribe apa je yg diorang promote. Bila cakap takmo bley jadi gaduh. Tak ke bangang namanya tu?

Kalau kasi aku menyumpah, 19 pages pun aku bley tapi cukuplah. Banyak aku taip makin panas ati aku.

Kalau akak tadi yang call aku tu ada baca blog ni, harap-harap lepas ni gi la menuntut ilmu angkat tepon. Kalau tak, tak payah la pakai tepon. Kata orang Melayu, kan kaya budi bahasa. Aku yang memang miskin budi bahasa pun masih reti ikut adab masa nak menelefon orang.

Till then, toodles.

7 remarks:

sisdee said...

hahahah jadi le macam atuk sedare aku..dia call org then org tu kata dia salah nombor..dia leh kata..

"dah tau aku salah no napa ko angkat "
muahahhahahhah tp nasib pastu dia minta maaf sbb dia mmg berlawak masa tu hahahahha

tapi aku adalah mmg tak suke org salah no esp indon le..uwaaaaaaaaaaaaaaaaa geram gile...dia leh kata aku main2 tak nak bagi dia ckp ngan kwn dia (konon no ni indon pnya le) hmpeh!!! (muka stress)

*juliet le sweetheart said...

aku pun cukup tak suka kalau ada orang call aku dan tanya pulak aku saper... dah tak tau saper, yang gi call tu buat apa kan? ngok tol... sekurang-kurangnya perkenalkanlah diri dulu kan...

mama hannah said...

ish..melampau betul minah tuh..kalau saya pun,saya x akan sebut nama saya sendiri,dia yg kol,lagi nak tanye siapa kite.bile saya dapat kol mcm nih,saya akan bernada garang..

CikChelsea said...

kelas akak...ada org nk bkenalan :D

ehh len kali jwb je mera naam bla bla bla tuuuuuu..ok pe...jawapan yg sgt kreatif! heee

CiKaYu said...

kalau jadi kt aku, aku akan tnya balik ko ni sape?

Ms Lola said...

aku dah kena bnyk kali. dpt org yg start2 je ckp "sape ni?", kepala aku dah start berasap. lantas aku jerkah balik, "Nak cakap dgn siapa?".

isz_3707 said...

sisdee:
bagus atuk sedara ko, leh aku tiru ahaha

julie:
itulah, ni marah2 mcm aku ada salah kat dia plak

mamahannah:
itulah, memang naik gak le suara ni

CikC:
org ngengada, xpaham aku ckp aku da kawin ada anak bagai

cikayu:
ha ah ek, nape aku xtya dia saper? haha

ml:
aku tya camtu trs dia hang up, sengal kan?