There was an error in this gadget

Tanpa si dia setelah 2 minggu

Monday, May 17, 2010

Dah 2 minggu Mr. Slurpee melepak kat rumah. Menghabiskan belen cuti sebelum mula kerja kat tempat baru. Itulah satu-satunya cuti terpanjang dia sejak aku kenal dia dari 11 tahun lepas. Masa kawin pun kami tak dapat cuti, maka tiada sesi Honeymoon, harap maklum.

Dua minggu dengan dia memang rumah jadi tak terurus. Mana tak, kejenya asik ajak keluar je. Ada je tempat nak pergi, ada je benda nak cari. Kalau tak dia, aku. Ye lah, bila kerja muka pun payah nak nampak, nak cari setakat barang dapur aku bley lah, kalau barang bebeso memang kena tunggu dia.

Kalau dok umah pulak, pagi aku mengemas, tak sampai 5 minit bersepah balik. Dia bergusti dengan anak dia. Yang ngemas aku sorang, tukang sepah 2 orang. Sudahnya aku malas mengemas. Aku tunggu dia naik kerja baru aku nak mengemas which is TODAY!

Ok, banyak kerja nak kena buat. Chiow.
Justify Full


p/s: melihat gambar workstation beberapa blogger, rindunya aku nak sibuk2 kat office :( . Tapi kalau bekerja sibuk pulak rindu kat budak kecik ni, haihhhhhhhhhh.


3 remarks:

KV said...

me pun letih kemas2 rumah sbb mmg tak sampai 5 minit berkemas, wajib sepah balik.

Ealyie said...

ngko baru 2 beb, meh join aku genapkan 3!! ;)

isz_3707 said...

KV:
itulah, xkemas kepala otak kita yg sakit tgk berselerak

ealyie:
sesungguhnya 3 itu tidaklah genap no nyer :P