There was an error in this gadget

Say NO to LIONMAS!

Thursday, June 23, 2011

[Warning : Entry panjang berjela. Read at your own risk]

Sementara busy kat spital maka kita update blog je la sebab blog bley update pakai email. Yg lain aku xexplore lg bley tak dr email hee.

Ni aku nak citer pasal seekor mamat damfak (bak kata aidid haha) yang bekerja di Lionmas.

Kisah bermula 2 3 minggu lepas. Mak aku ni washing machine dia rosak. Dah 2 minggu dia cuci pakai tangan. Bila kaki dia dah mula sakit, dia dah tak tahan nak cuci tangan lagi, dia pun ajak adik aku pi Lionmas ni. Dia pergi tak bagitau anak2. Niat hati orang tua tu adalah taknak menyusahkan anak2 dia.

Dijadikan cerita, dia beli la mesin basuh Panasonic inverter. Happy sangat dia dgn perkataan Inverter tu haha. Dia beli hutang. Downpayment 100. Bila aku balik kampung 2 minggu lepas, aku tanya dia berapa, dia cakap 2k. Ok fine. Jap lagi dia tunjuk resit kat akak aku rupanya 3k bukan 2k as apa yg dia ingat. Mula dah mendidih aku ni. Sebab mak aku cakap budak tu kata mesin 1.4k tp dia caj kat invoice tu 1.8k lepastu ada lg 99 utk washer kejadah, 45 processing fees and another 1k adalah interest. Gila aku xmarah?

Mak aku pun main sain je tak cek, bley? Haha. Aku & akak aku soh call balik Lionmas tu tanya kenapa dia caj macam tu. Aku malas nak campur sebab mak aku yg pi tp aku xnak harga segitu. Aku suruh dia mintak 1.4k pastu aku pi bayar cash.

Mak aku pun call yada yada yada person in charge cuti seminggu yada yada yada tak boleh. Ok fine, aku ckp ngan mak aku, cakap ngn org tu, suruh angkat balik mesin tu, burn 100. Klau dia taknak jugak aku either soh bapak aku anta sendiri mesin tu kat kedai dia or aku ckp kita takkan bayar langsung. Lantak ko le situ.

Pastu budak tu kata nak tanya manager, sudahnya dia diammmmm seminggu.

Jumaat baru ni mak aku call Lionmas cawangan lain nak tau harga mesin tu. Budak yang angkat call tu cakap RM1230! Bangsat ke tak tu? Tekan mak aku sampai 1.9k utk harga cash. Tu harga belum tawar.

Ok, bila mak aku tau harga tu, dia bagitau aku. Aku cakap pi bagitau salesman tu mintak harga sama mcm cawangan lagi 1. Macamana lain branch lain harga pulak kan? Ehhh dia cakap boleh lah 1.4k, deposit burn as kita mintak memula dulu. Maknanya 1.5k la. Aku cakap NO!
Tu lah, tamak sangat kan? Pastu sendiri rugi.

So aku pun pi bayar another 1130 kat cawangan yg paling dekat ngan rumah aku as aku tak sempat nak ke sana.

Patutnya dah bayar kira tutup buku la kan? Eh mamat damfak (sori eh Aidid, suka benor aku pinjam perkataan ko nan 1 ni haha) ni macam tak puas hati. Dia suruh pulang free gift iaitu sebuah radio clock pekak brand hape pun xtau tp yang pastinya brand cikai nak mampos.

Masa aku bayar aku dah tanya sesiap, free gift tu kene pulang tak, diorang cakap tak payah. Dahle patutnya klau mak aku hutang, kat iklan kedai tu kain rentang sebesar alam cakap mak aku layak dapat digital camera sebab amount 3k and above. Dahle dia bg radio clock pasar malam je, tu pun nak tuntut. Sebenarnya aku tak hadap sangat benda tu tapi geramkan perangai damfak kongajo melampau dia tu, aku cakap ngan mak aku soh simpan, jangan pulang. Kalau dia mendesak jugak, sumpah aku campak kat muka dia radio tu.

Aku ingat benda ni dah habis la kan? Dahle aku sibuk kat spital. Sekali mak aku cakap dia call suruh pulang free gift tu jugak, kalau tak dia tak bagi warranty card. Kongajo tak? Aku pantang betul lah orang macam ni. Ko kacau aku (kadang2) aku boleh tolerate tapi ko cuit orang2 terdekat aku memang menjawab lah ko.

Aku call cawangan aku bayar utk reconfirm pasal free gift & warranty card. Person in charge kata memang tak payah pulang. Ye lah, dahle aku bayar full price takde tawar2 pastu free gift bingai macam tu pun nak balik. Aku tanya warranty card, budak tu kata memang kene tanya kat cawangan beli sebab diorang yang simpan. Ok fine, nak tak nak aku kene contact gak le cawangan salesman damfak tu.

Oleh kerana aku tau aku takkan mampu cakap bebaik ngan si jahanam tu makanya aku memilih untuk bercakap dengan manager cawangan tu. Bla bla bla manager tu tak tau yg budak ni insist soh mak aku pulang free gift. Aku tanya semua pasal warranty card bagai. Manager dia macam terpinga2 pastu dia cakap nanti dia bincang ngan salesman damfak tu.

Klimaks nya, mamat damfak call aku dengan suara manis. Sumpah bila tau dia je terus terbakar 1 badan aku. Dia cakap bebaik so aku pun mula2 layan la baik tapi bila dia dah mula cakap belit2, aku dah tak boleh handle, memang berdesing la telinga dia.

Cakap punya cakap dia kata bukan dia yang jual kat mak aku. Pulak? Aku dah tanya sesiap, memang ada sorang je salesman kat situ yang berbangsa Melayu. Pastu dia cakap 'bley tak akak cakap bebaik, saya cakap ngan mak akak bebaik tau', seee? Tadi kata bukan ko kan? Skang termakan cakap sendiri. Aku pun jawab 'biar orang cakap kasar, nampak terang jelas apa yg nak disampaikan, bukan macam ko, mulut manis, cakap lembut konon tapi dalam baik ko belit orang'. Pastu dia dah mula panas. Dah takde saya, main kau-aku. Sorrylah nak soh aku mengalah benda yang terang2 aku tak salah. Bergema 1 alam aku dok bertekak ngan dia di mana hujungnya dia hempas tepon sebab dah tak sanggup (i assumed) nak berperang lidah ngan aku. Ayat terakhir aku yang buat dia hot gila adalah 'aku tak kan marah camni kalau ko bangsa lain, ni dahla sesama Melayu, orang tua pulak tu, lagi ko nak tekan. Melayu apa ko ni?' and ayat terakhir dia 'eiiii ko ni kan' pastu hempas tepon.

Puassssss hati aku. Aku pesan kat mak aku supaya jgn angkat call. Manala tau kot marah kat aku nak lepaskan kat mak aku kan? Banyak sangat dia belit jantan damfak ni. Kes dah tutup pada aku. Barang tu aku dah bayar cash. Warranty kad tu lantak ko la nak buat bungkus nasi lemak ke apa.

Bila fikir2 balik, sedih pun ada. Kalau ko susah pun, ko fikir tak orang lain punya susah? Ko makan komisen banyak2 hasil menipu, ko bagi anak bini ko makan, ko fikir tak semua tu apa akibatnya kat ko 1 hari nanti? Yer, mungkin sekarang ko mewah tapi Allah nak tarik sekelip mata je. Ko tau tak apa makna tak berkat? Tu lah, dulu suruh pi sekolah agama, manjang ko fly.

Dia call aku lagi tadi. 2 kali. Aku boleh je tekan silence tapi aku memilih untuk mereject call dia. Both times. Aku harap dia tambah sakit hati sebab klau aku pun call orang, kene rejek, boleh botak dibuatnya sebab geram sambil tarik rambut sendiri. Ko dah hempas tepon ala2 orang bercinta yang gaduh pastu ko call lagi? Pegi mampos. Walaupun ko nak cakap ko nak pi report polis ke apa ko ingat aku kesah?. Barang aku dah bayar so tutup kes.

Aku harap lepas ni ko tak buat lagi sebab kalau ko buat, aku rasa 1 fine day ko akan terlongkop dek kerana banyak sangat telan duit haram.

11 remarks:

sisdee said...

aku baca dgn telinga panas grrrr...haprak....(err cover balik sbb aku puasa)

sis said...

Lionmas mmg BODOH!!!!!!!!

linahilmin said...

oiii,pehal main aci suka2 menipu org camni! g report je beb! rm5 je nak report kan.. kasi ajar sket org kurang ajar camni!

Zety Zin said...

huh terang2an dia menipu. memang kurang ajar betul!

cc said...

spt biasa, entry melampiaskan kemarahan spt ini bjaya memanaskan hatiku jua. syabas! hahahahaa

fizamior said...

b.a.n.g.a.n.g. !

Sayang.Ibu said...

PERGGHHHHH... mmg kuangajo... menipu org tua...mmg cilako lah itu org... bagos babe, ko maki dia gitu.. aku pun panas ati baca

Along said...

Tak pernah dengar lak Lionmas ni...terus terasa nak google carik mana cawangan terdekat...nak pi tengok sendiri cara putar alam dia yang sungguh hebat tu.

Bagus la ko basuh mamat tu..memang dasar makan kaum sendiri. Puas la dia makan duit tak halal...duit dapat atas tipu orang. Percaya la..satu hari nanti mesti dia kena punya!!

azdra-azdra said...

ko nak aku santau dia beb? berbulu jer aku dengar nih.. rasa nak suruh dia baring lepas tuh aku pijak perut dia.. musibat tul!

knv said...

ni ala2 kot mamot jugak la nih kot. hampehhhhh!

NadiahKhair said...

itu je cara nak layan org damfak mcm tuh. puas ati aku.