There was an error in this gadget

Worded Wednesday (22/2011)

Wednesday, July 20, 2011




Menu merepek (spt biasa) cik i.s.z.a.n. Menggunakan apa yang dan tangan mencapai & sisa-sisa stok yang ada. Nak kuar pergi kedai adalah malas!

Nasi aku tak tau nama dia. Sukati aku je. Tapi pakai rempah beryani sket.

Lauknya:
Ayam pedas mengelat menggunakan perencah Sambal Ikan Bakar MakPon yang di kirim dari Cikgu Intan JB. Aku hiris bawang ngan tomato. Siapppp! Dasar MNM!

Daging tu pakai rempah beryani jugak tapi taruk kentang. Aku tak semak pun kitab cara-cara masak beryani & aku tak pernah masak beryani pun sebelum ni. Asalnya nak masak daging kurma. Suma dah siap termasuk kentang dah siap peel kulit dia, time nak blend bawang baru perasan aku kehabisan rempah kurma. Maka aku bongkar segala tempat mencari apa yang boleh replace rempah kurma dan terjumpa ntah bila zaman punya rempah beryani hahahha. Lupa pulak nak check tarikh luput. Ntah2 dah expired 5 tahun lepas. Nasibbbbbb. Kari tidak termasuk dlm pilihan sebab anak aku tak boleh makan.

Untuk salad pulak. Seperti biasa juga, aku guna apa yang ada dalam fridge. Sebab aku tak plan nak masak apa. Kalau tak, boleh jugak beli lepas jemput TuanKecik tadi. Padahal aku singgah kedai beli ayam tadi tu. Oh salad tu, kalau sebelum2 ni aku pakai epal, pelam, belimbing dan macam2 lagi haha, kali ni aku pakai buah oren ngeeee. Nasib laa. Semoga tiada yang sakit perut makan masakan aku hari ni.

Tastewise, semuanya ok-ok saje hee. Eh, aku kalau tak sedap aku cakap tak sedap ok. I is the very jujur one hahaha. Naufal suka, dia makan dengan banyak. En. Slepi? Tak dapat dikenalpasti lagi sebab dia belum rasa. Tapi laki mak, ko hidang la apa je, dia mesti makan tanpa banyak bunyi ngeeee.

Sekian entry takde modal :P.




2 remarks:

mama nurins said...

look good n sedappp....

C!kpuanmuda® said...

jadi jugak sepinggan lengkap.. kira ok lettew..